Thursday, December 11, 2008
Hari Raya Aidiladha
Namun begitu harus diingat, siapa yang dapat adalah rezeki, yang tak dapat itu adalah bukan rezeki. Mudah sahaja konsep daging korban ini sebenarnya, seandainya Allah menyatakan bahawa daging itu adlah rezeki kita, maka dapatlah, sekiranya tidak, maka bukanlah rezeki kita. Allahuallam.
* Sila lawat blog Bahasa Inggeris koi tentang sukan negara di http://emas-olympics.blogspot.com
Friday, November 21, 2008
Corat-coret
- Komen Abang MAAJA kepada koi dalam tajuk "Populor atau Tanggungjawab".
- 1. "Pada koi, orang temerloh inginkan pemimpin yang sentiasa ada di Temerloh. Tetapi harus diingat, bahawa dengan perlantikan ini, Megat akan mepunyai waktu yang terhad di Temerloh. bukan kerana lari dari tanggungjawab, tetapi kerana tanggungjawab inilah beliau terpaksa kesana dan sini untuk berkhidmat kepada masyarakat Temerloh."
- Koi rasa koi telah melakukan kesilapan kerana tidak menerangkan dengan jelas apa yang koi tulis. Pada koi, Megat adalah pemimpin yang baik, tahap kesibukan beliau mungkin lebih daripada biasa. Oleh itu koi tulis "tetapi kerana tanggungjawab inilah beliau terpaksa kesana dan sini untuk berkhidmat kepada masyarakat Temerloh." Dengan tugas hakiki beliau, dengan tugas sebagai KP, koi percaya beliau memang mampu menysusun masa yang baik. Kerana walaupun dipilih oleh perwakilan, ketentuan Allah untuk mengangkat beliau menjadi pemimpin bukanlah hak kita. Semakin tinggi tahap pemimpin itu, semakin sibuklah beliau. Tambahan pula dalam arus politik semasa ini, Pemuda UMNO perlu lebih dinamik dan bekerja lebih kuat.
2. salam bro.
kawan nak ingatkan sikit je..
tahniah kerana terpilih tapi jangan over sangat. setakat ketua dan ajk pemuda bahagian tu apalah sangat..
belum lagi yb, jadi tak banyak benda boleh buat.
Ada sesetengah YB pun tak boleh buat apa-apa pun..
Tapi walaubagaimanapun, kwn sokong awk semua- Dalam kes ni, koi terima saranan abang koi ni, " jangan over sangat" hehehe. Pada koi, ini bukan over, kita ada agenda yang besar sebenarnya. Memulihkan parti adalah agendanya, maka koi rasa dah tiba masanya kita PEMUDA untuk bangun dan bersama bertindak. Tanpa mengira tahap pemimpin, jangan harapkan YB je yang bekerja untuk mengubah keadaan. Kita harus bersama bertindak, pulihkan motivasi diri kita dulu. Bersama kita gerakkan dari peringkat bahagian. Bila kita sesama kita bersatu, nescaya kita boleh memulihkan keadaan.
-
3. Siapa kata MEGAT tak popular di Temerloh? Orang kampung kenal ke RH yg dikatakan paling menonjol?
- Megat tak popular! Itulah pendapat koi. Tetapi sifat kepimpinan yang memang terzahir sewaktu beliau menjalankan tugas sebagai setiausaha pemuda bahagian membuktikan bahawa beliau layak untuk menjadi pemimpin. Tidak perlu populariti, tetapi keupayaan menjalankan tanggungjawab telah membuktikan bahawa Megatlah yang layak menjadi KP.
- RH memang paling menonjol! Tetapi harus diingat, menonjol tidak semestinya popular. Menonjol boleh dilihat dalam bentuk fizikal, personaliti dan ekonomi serta banyak lagi. Menonjol bukanlah satu-satunya faktor untuk menjadi pemimpin. Banyak faktor yang membolehkan seorang pemimpin dipilih.
- MEGAT menepati 'equalibirium level' untuk dipilih menjadi pemimpin pada masa ini. Oleh itu koi merumuskan bahawa MEGAT adalah pemimpin pada waktu ini. Sebagai seorang Islam, koi mentaati dan menyokong pemimpin koi. No DOUBT about that.
Thursday, November 20, 2008
Adakah kita ingin membina negara yang baru?
Semakin hari, semakin banyak benda yang dipersoalkan tentang orang Melayu. Semakin banyak dasar dan polisi kebangsaan dipersoalkan. Bangsa lain sudah berani mempersoalkan hak-hak orang melayu dan ada juga yang mempersoalkan tentang Islam secara terbuka. Bukan sahaja persoalan dari bukan Melayu, malahan ada puak dari bangsa Melayu yang mula goyah kepercayaan dan jatidiri terhadap bangsa Melayu sendiri. Fatwa untuk orang Islam pun dipersoalkan oleh agama lain.
Koi tidak menyalahkan mereka. Tetapi sejauh manakah Melayunya kita, dan Islamnya kita ini? Koi ingin berkongsi apa yang koi tahu tentang Melayu. Mengikut pentakrifan undang-undang:
Artikel 160
"Article 160 mendefinisikan bentuk perkataan pelbagai yang digunakan di dalam perlembagaan. Ia memberikan impak penting pada Islam di Malaysia dan orang Melayu disebabkan definisi seorang Melayu pada klause 2."
Penakrifan undang-undang
Seorang yang beragama
Takrifan undang-undang ini adalah ditetapkan demi keperluan politik di negara
Oleh yang demikan, koi rasa sebagai orang Melayu, kita harus memahami apa yang dimaktubkan dalam undang-undang tubuh kerajaan
Sejauh manakah kita orang Melayu mengamalkan Islam? Koi tertarik kepada artikel yang ditulis oleh Abu Bakar Yang (Fellow IKIM). Beliau mengambil contoh beberapa negara yang mengelar diri mereka moden. Adakah ingin menjadi "Turki Moden"? "Turki adalah contoh kegagalan suatu bangsa untuk maju, kuat dan makmur dengan memutuskan dirinya dengan memutuskan dirinya dari agama dan akar budaya tradisinya lalu memilih sekularisasi dan pembaratan. Hasilnya Turki tidak diterima baik oleh negara Islam malah tersisih dari Barat". Sebaliknya beliau meletakkan Jepun dan
Jadi pada koi, kita orang Melayu harus memperkukuhkan diri kita dengan Islam dan memartabatkan Melayu itu sendiri. Tidak perlu goyah bila dipersoalkan tentang hak-hak kita. Kita harus berilmu dan memperkasakan segala sudut kehidupan baik dari segi ekonomi mahupun social. Tidak ada bangsa lain boleh mengganggu-gugat keamanan dan kemakmuran
Artikel 153 dan Artikel 11 dengan jelas menyatakan tentang hak melayu dan Islam, tetapi masih ada yang bernai mempersoalkannya sedangkan mereka bersetia kepada Rukunegara untuk menjadi warnganegara
Artikel 153
“Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia.”
Artikel 11
“Artikel 11 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam merupakan Agama rasmi Persekutuan. Sungguh pun begitu setiap orang berhak mempraktikkan agamanya sendiri.
Status kebebasan agama di Malaysia merupakan satu isu kontroversi. Islam merupakan agama rasmi dan Perlembagaan Malaysia meletakkan sekatan terhadap kebebasan beragama, paling ketara penyebaran agama selain Islam kepada Muslim. Bagaimanapun, persoalan sama ada Malaysia merupakan negara Islam atau sekular masih belum berjawab.
Perkara 11 dalam Perlembagaan Negara memperutukkan kebebasan beragama kepada rakyat Malaysia. Antara penekanan yang terdapat dalam peruntukan ini ialah:
- Walaupun agama Islam adalah agama rasmi negara ini, rakyat tetap bebas menganut agama-agama lain.
- Seseorang tidak boleh menyekat orang lain daripada menjalankan aktiviti keagamaan.
- Penganut setiap agama diberikan kebebasan untuk meraikan upacara keagamaan masing-masing.
- Hari sambutan upacara keagamaan bagi agama-agama utama merupakan cuti am. “
Apa yang berlaku akhir-akhir ini seolah-olah kita ingin membina sebuah negara baru, dimana kita baru ingin menggubal dasar negara. Rakyat yang duduk dalam negara ini ingin turut sama menggubal undang-undang mengikut kehendak dan keperluan diri masing-masing. Dah lebih 50 tahun kita siap menggubal perlembagaan negara, yang perlu kita lakukan adalah terus hidup didalamnya, memajukannya, menikmati hasilnya dan makmur bersama. Ke gone rodong-rodong?
Wassalam
Thursday, November 13, 2008
Politik Wang UMNO di Temerloh

Sejahtera keatas semua....
Setelah selesai semua peringkat UMNO bahagian Temerloh ahad lepas, ada suara-suara sahabat yang berbunyi tentang politik wang. "Rumah dah siap, pahat masih berbunyi". Fenomena dimana ada yang menyatakan bahawa politik wang telah mengubah keputusan pemilihan perwakilan. Apalah yang sebenarnya berlaku? Koi pun tak tahu sangat.
Tetapi koi tahu ada bermacam senario sewaktu proses pemilihan dan kempen. Proses ni berlaku dari dua hala, "top to bottom" dan "bottom to top".
1. Top to bottom
Ada dikalangan pemimpin atasan UMNO Temerloh sendiri mempunyai pilihan kepimpinan mereka sendiri. Didalam Pemuda misalnya, ada calon-calon KP yang tidak disokong oleh pihak atasan bahagian. Maka berlakulah proses cantas-mencantas dan bom-mengebom. Mungkin koi tidak dapat memberikan bukti yang jelas, tapi cakap-cakap ada lantas ke telinga koi sendiri.
2. Bottom to top
Perubahan yang perwakilan mahukan adalah jelas bila ramai yang memilih untuk menerima calon-calon yang benar layak dan disukai oleh pihak akar umbi, bukan pilihan pihak atasan parti. Inilah proses yang sebnarnya yang patut berlaku dalam keadaan Demokrasi. Pemimpin pilihan rakyat. Bukan pemimpin parti pilihan wakil rakyat. Secara logiknya, wakil rakyat itu dipilih oleh rakyat juga.
Namun apa yang lebih membimbangkan koi adalah budaya "politik wang" dan "politik meminta" dalam umno Temerloh kini semakin busuk. Pada koi budaya ini telah dilakukan oleh pihak yang terdahulu dan perwakilan telah menjadi 'pandai ajar' dengan budaya ini telah menjadi ikutan. Pada koi orang yang mengundi calon mengikut jumlah sumbangan tertinggi adalah seperti menjual undi, dan undi ini adalah amanah. Sesungguhnya orang yang menjual amanah ni, pada koi adalah dikeji allah. Tetapi bukan semua berfikiran begitu, masih ada ramai lagi pengundi yang bijak dan waras membuat pilihan.
Dan hasil dari budaya membida ini, wujud pula satu budaya 'meminta'. Ada dikalangan perwakilan dan KP cawangan yang gemar meminta-minta sumbangan baik dari Ketua mahupun AJK Bahagian. Inilah yang koi gelar pemilik lesen "kelas S". Lesen kelas SUBSIDI. Tidak ada jalan lain dalam pemikiran mereka untuk mendapatkan kewangan untuk cawangan. Padanlah akaun cawangan tak pernah ada, semuanya adalah duit 'grant'. Duit ni memang tak boleh ada baki, kerana ia bersifat hangus. Sepatutnya mereka ni dan koi sendiri harus memikirkan bagaimana untuk menjana kewangan cawangan, supaya dapat digunakan untuk kegiatan-kegiatan cawangan. Peluang menjana kewangan yang harus dilihat oleh semua cawangan, bukan sekadar untuk membelanjakan, tetapi harus mencari jalan untuk mengumpul wang untuk rakyat. Dari wang yang ada itu, gunakanlah untuk membeli bola, beli tiang gol, bela padang. Barulah bergelar rakyat berkelas A.
Rentikanlah semua sudut politik wang ni, baik dari perwakilan mahupun pemimpin sendiri. Jika tidak ada permintaan, nescaya penawaran akan kurang, begitulah sebaliknya. UMNO perlu berubah kepada konsep politik asal dahulu, semua pejuang UMNO adalah nasionalis. Bukan moneylis. Mereka menjadi pemimpin dengan tujuan membela Islam dan Melayu. Bukan membela jumlah akaun dalam bank. Pada zaman moden ini, gunakan parti untuk memperkukuhkan bangsa, dapatkan wang diluar parti. Banyakkan peluang untuk membangunkan bangsa, bukan banyakkan peluang wang untuk pengundi.
Ke gone kengkawan?
Friday, November 07, 2008
Kalau RM10.5M Diagih kepada rakyat Temerloh
(Berita Harian Online - 07/11/2008)
Oleh Anwar Hussin, Faiza Zainuddin, Nor Azma Laila dan Che Wan Badrul Alias
KUALA LUMPUR: Kerajaan memberikan ex-gratia berjumlah RM10.5 juta kepada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Salleh Abas serta lima lagi hakim kanan yang ditamatkan perkhidmatan ketika krisis kehakiman 1988. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata kerajaan memutuskan membayar RM5 juta kepada Salleh manakala Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh dan Datuk George Edward Seah Kim, masing-masing mendapat RM2 juta. Tan Sri Mohamed Azmi Kamaruddin, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdolcadeer dan Tan Sri Wan Hamzah Mohd Salleh pula masing-masing memperoleh ex-gratia RM500,000.
Ini pandangan koi.
Setelah 20 tahun meninggalkan jawatan, kemudian dapat ex-gratia sampai 5 juta. "Worth Waiting". Tetapi pada pendapat koi yang bukan seorang hakim ni, tak perlu lah bagi lagi. Pencen dah dapat. Setahu koi Gaji KSN dalam lingkungan 19-20K sebulan tak termasuk imbuhan elaun lain. Pada pandangan koi Ketua Hakim Negara dapat dalam 20-25k sebulan. Mungkin lebih. Koi mengandaikan bahawa pencen mereka adalah dalam 15-20k sebulan. Jika mengikut kiraan mudah jika 15k x 12 bulan = 180k. Digandakan selama 20 tahun (180k x 20 = 3,600,000). Tidak termasuk gratuiti yang koi pun tak tahu, ditambah pula dengan 5 juta yang baru dapat baru ni. Ada dalam 10 juta dah duit rakyat boleh ke dia yek. Orang pencen kerajaan ni setahu koi, kerja dia main golf je. (Berpandukan pakcik koi yang pencen JUSA A jugek). Kalau nak tengok puak ni, pegi la KGPA nuh, macam-macam datuk, tan sri ada.
Tak kesah lah berapa dia dapat, rezeki dia di dunia ni kita tahu, kat akhirat esok kita tak tahu yek. Rasulullah pernah bersabda bahawa 2/3 dari hakim dan peguam masuk neraka. Harap-harap duit yang diorang dapat tu boleh lah sedekah ke Temerloh, boleh buat masjid tiga tu, anggaran Masjid sekarang dalam 3 juta sebuah. Boleh buat 3 biji kat Lanchang se, Semantan se dan Mentekab se.
Mengkala tidok pun, bak sini 3 juta cukup dah, boleh kita kumpulkan rakyat miskin kat temerloh ni, kita buatkan rumoh dan buatkan ladang dragon fruit kat diorang, at least orang miskin boleh makan 20 tahun lagi. Sekurang-kurangnya 100 orang miskin boleh hidup sejahtera sampai anok cucu, dengan syarat duit yang 3 juta tu disalurkan 100% la. Kalau berlaku ketirisan, tak sampai la hajat tu. Ada balance 7 juta lagi dia buat main golf, kalau dia duduk saja lah. tapi kalau dia buka law firm, 7 juta tu kecik amat ke dia. boleh agih at least kat 1,000 penduduk miskin kat Malaysia ni. Tapi yang koi tahu former LP ni dah jadi usahawan tani. Alhamdulillah, semoga imbuhan itu boleh di manfaat sesama umat Muhammad.
Ini cuma pendapat koi, tak tahulah kalau sahabat-sahabat diluar sana mempunyai pendapat yang lebih baik. Atau berpendapatan lebih baik.
Thursday, November 06, 2008
Popular atau Tanggungjawab
Monday, November 03, 2008
Pemuda UMNO Berkempipinan Baru
Pengerusi Tetap : Sdr. Zainuddin Izharul Haq
Timbalan Pengerusi Tetap : Sdr. Rozlan Abd Manaf
Ketua Pemuda Bahagian : Sdr. Megat Mohd Asri Abd Jalil
Naib Ketua Pemuda Bahagian : Sdr. Rofaie Dato' Hj. Md Hamdan
Ahli Jawatankuasa Bahagian :
1. Sdr. Mohd Suji Bilang Hj Nordin
2. Sdr. Nurazhansah Abu Bakar
3. Sdr. Adzhar Ishak
4. Sdr. Edzrul Fahmi Mohamad
5. Sdr. Jamry Demry
6. Sdr. Hasrizan Hassan
7. Sdr. Piruz Md Zin
8. Sdr. Azlei Hj Abd Jalil
9. Sdr. Rabu Said
10. Sdr. Shariman Sharif
11. Sdr. Nor Iskandar Naini Hanipah
12. Sdr. Zainatul Akma Zamri
13. Sdr. Mohd Khairul Mohd Isa
14. Sdr. Zainal Abidin Aziz
15. Sdr. Mohd Hatawi Jalaludin
Para jemaah perwakilan telah membuat pilihan mereka, seterusnya semua angkatan kemudi pergerakan haruslah melunaskan tanggungjawab. Pada koi, koi sokmo ingat pada kata-kata 'BEWARE of WHAT YOU WISH'. Semua yang terpilih adalah yang 'wish' untuk berada disana. Maka tunaikanlah dengan sebaiknya demi Islam, Melayu dan Malaysia.
Tuesday, July 29, 2008
Sebulan dalam perperangan
Di Temerloh pun hebat juga perang ni, dari hujung sempadan karak, sampailah ke sempadan maran, dari sempadan kuala kerau, sampailah sempadan bera, itulah luasnya takluk perang umno ni.
Percayalah! bahawa sewaktu ini, ada yang sewaktu PRU12 tampal poster PR kini jadi ahli perwakilan tidakpun mengundi sebagai ahli sah di cawangan. Ramai yang koi tengok dengan mata-kepala koi sendiri. Itulah hebatnya cawangan-cawangan umno temerloh.
Sewaktu pemilihan ini, terdapat banyak puak, ada yang sokong team A, Team B, Team C, Team D pun ada. Punyalah ramai orang nak jadi pemimpin di Temerloh ni, yang masuk kapal pulak lagi la ramainya. Koi pun masuk jugek, hehehehehe
Tetapi secara peribadinya, dalam Pergerakan Pemuda Umno Temerloh koi rasa hanya 2 orang sahaja yang layak bertanding Ketua Pemuda Bahagian. Hanya 2 orang sahaja yang layak bertanding untuk menjadi Naib Ketua. Megat Asri dan Ridzwan Hazimin sahaja yang layak untuk dipilih untuk menjadi ketua. Yang lain harus memuhasabahkan diri dulu, adakah mereka layak untuk bertanding? adakah mereka menepati ciri-ciri minima untuk menjadi seorang ketua?
Berilah laluan kepada orang yang selayaknya untuk menjadi pemimpin, tidak perlu ada unsur paksaan dalam pemilihan pemimpin. Apatah lagi unsur rasuah samada dalam bentuk wang, benda mahupun jawatan untuk menyebabkan orang menyokong pemimpin. Pada pendapat koi, pemimpin itu harus menjalankan tugas-tugas yang membolehkan penyokong mendekati mereka secara huluan dan hiliran. Mereka haruslah disokong oleh pengikut akar umbi, dikenali oleh peringkat tertinggi, sealiran pada kepimpinan bahagian. Bukan sekadar popular secara Positif di Temerloh, tetapi harus juga dikenali ramai pada peringkat kebangsaan. Kerana apabila mereka menajdi Ketua kelak, lebih banyak kebaikan yang dapat diraih oleh penduduk Temerloh dari ketua mereka daripada kebaikan yang diperolehi untuk individu ketua itu sendiri.
Apapun, percayalah! Mana-mana calon ketua yang ikhlas, jujur sewaktu proses pemilihan akan mendapat jawatan ketua. Bukan yang bersifat mengancam orang lain. Kita lihatlah hasilnya pada bulan November nanti.
Wednesday, July 16, 2008
Debat
Foto dari The Star
Walaupun bukanlah sehebat mana perdebatan itu, tetapi Dato Shabery telah bersikap kurang profesional dengan menyerang secara peribadi kepada DSAI, dan ini dijawab secara gentlemen oleh DSAI. Rata-rata semua mengetahui tentang idea yang disampaikan oleh DSAI berbanding dengan Dato Shabery. DSAI mengambil langkah bijak dengan menajdi 'Mr Nice Guy', dan in semestinya menarik minat orang-orang yang belum pernah mendengar atau mengenali beliau sebelum ini. Itulah anwar ibrahim, kalah dalam cerita Cicakman tu boleh ganti aznil jadi Profesor Klon. Tetapi hakikatnya beliau hanya menyuarakan kembali apa yang disuarakan oleh ramai orang termasuklah orang Barisan Nasional sendiri. Satu pendekatan dan cara popular untuk mendekati rakyat.
Idea yang telah digunapakai sewaktu pemerintahan Tun Mahathir dan telah di BOLDkan oleh DSAI. Dan ini telah di 'rebranding' oleh beliau dengan PR. Dato Shabery telah berada didalam persimpangan kerana beliau terpaksa mempertahankan keputusan yang dibuat oleh beberapa orang lain dalam kabinet paklah. Orang yang paling layak untuk menjawab debat semalam adalah Dato' Shahrir Samad, dialah yang selalu menjawab kepada orang awam tentang isu ini.
Ramai orang UMNO yang tidak bersetuju dengan kenaikan harga minyak, mereka bukan menidakkan kenaikan, tetapi ratio kenaikan itu yang menyakitkan, kepimpinan paklah yang dinasihatkan oleh cerdik-pandai yang hidupnya dah selesa telah mengambil keputusan untuk meringankan beban kerajaan degan menambahkan beban rakyat. Apakah susah benar mencari "equalibirium line" antara beban rakyat dan beban kerajaan, semua itu boleh dikira dengan mudah kalau mereka ingin mencari penyelesaian terbaik. Ramai ahli ekonomi yang bijak-bijak yang ada dalam kerajaan tak mampu untuk buat keputusan yang bertentangan dengan paklah agaknya.
Kesimpulan dari rancangan debat semalam, DSAI adalah orang yang beruntung kerana mendapat Media coverage yang besar, dan Kerajaan rugi kerana seluruh negara mengetahui bahawa kerajaan tidak menerima cadangan dari ramai rakyat termasuklah ahli-ahli UMNO, walaupun mereka tidak menyokong DSAI tetapi secara prinsipnya DSAI berada sealiran dengan pemikiran ramai rakyat. Itulah hakikatnya, dan kerajaan kini telah tersilap langkah dengan memberikan rebet tunai kepada rakyat. Seandainya kerajaan berani dan sanggup untuk berkorban untuk rakyat dan mempopularkan umno dan BN kembali, maka satu perancangan subsidi minyak harus diadakan semula. Cukup mudah, kerajaan paklah hanya perlu kembalikan harga minyak kepada RM1.92, sekaligus menjadikan harga itu lebih murah dari RM2.20 seperti yang DSAI cadangkan. Mesti rakyat setuju punya dengan BN. Dalam tempoh setiap 3 bulan, satu kenaikan harga mungkin dalam nilai RM0.30, sehingga satu harga yang paling optimum. Dan ini membolehkan rakyat membuat 'adjustment' dan persediaan secara sistematik, begitu juga dengan kerajaan. Tak perlu ramai sangat pakar ekonomi untuk selesaikan masalah sebegini, hanya hati dan pemikiran yang tebuka sahaja yang boleh selesaikan masalah ini.
Kepada semua pemimpin kerajaan, selamilah setiap hati dari 27 juta rakyat Malaysia ini. Pemilihan UMNO akan bermula esok. So jangan lupalah calonkan saya jadi AJK pemuda bahagian ye. Bagi yang nak jadi Ketua Pemuda Bahagian dan Naib Ketua Pemuda tu, berkempenlah dengan berhemah, janganlah hanya kerana untuk memenangi kerusi, kita hilang Profesionalisme. Nak jadi pemimpin bukan mudah, bukan kena jawab kat pengundi sahaja, esok kat alam kubur kena jawab, kat akhirat yang kekal abadi pun kena jawab. Serta ingatlah, jika kita berjaya maknanya Allah memberi rezeki kepada kita, dan yang tak berjaya itu maknanya Allah belum memperkenankan rezeki kita lagi. Wassalam
Tuesday, July 08, 2008
Temerloh Bukan Suka Lompat
Menyentuh isu LOMPAT, untuk makluman semua, temerloh menang ada nama KAMPUNG LOMPAT. Tetapi orang kampung ni tak la mudah amat bertukar pendirian ataupun melahirkan jaguh-jaguh sukan lompat tinggi, lompat bergalah mahupun lompat pagar. Namanya je lompat.
Terdetik pihak PKR telah menyatakan bahawa 4 anggota BN sedang bersedia untuk lompat parti dan menyertai PKR. Melalui laman blog yang beralamat http://greenboc.blogspot.com/ , ditulis bahawa 2 orang yang pada koi adalah dua jiran yang cukup dikenali keUMNOan nya. Pernyataan ini membuatkan koi teruja untuk mengetahui secara sahih dan benar. Maka kebetulan Dato’ Saifuddin memanggil pemimpin-pemimpin cawangan, pemuda, wanita dan puteri UMNO Temerloh untuk mendengar sendiri penjelasan beliau. Dato' Shakar pun ada jugek datang.

(Gambar ni koi amik dari tempat duduk koi le)
Dalam penerangan tersebut, telah dinyatakan bahawa beliau beberapa perkara yang belum pernah kita dengar tentang DSAI. Sebenarnya koi lama dah mengkaji tentang DSAI itu. Ada sedikit persamaan dalam apa yang koi fikirkan selama ini dengan cerita Dato Saifuddin tentang DSAI. Sebelum itu Dato’ Saifuddin telah menyatakan bahawa beliau tidak sama sekali akan lompat mahupun menyertai PKR.
“ Saya tak pernah terfikirpun untuk berbuat demikian, saya adalah Ahli Seumur Hidup, dan saya akan setia selama-lamanya dengan UMNO dan Barisan Nasional” itulah kata yang keluar sendiri dari mulut Dato’ Saifuddin. Maka tidak timbullah lagi soalan bahawa beliau akan masuk PKR.
Oleh itu, bagi orang Temerloh yang berharap agar Dato’ Saifuddin akan masuk PKR, lupakanlah angan-angan itu, dan bagi orang yang tidak mahu beliau masuk PKR bersyukurlah dan percayalah kepada dia.
Kita orang Temerloh ni amat bertuah, bertuah kerana ramai pemimpin besar Negara datang dari Temerloh. Tan Sri Yahya, Tan Sri Hamzah, Tan Sri Saba, Datuk Siti Zaharah, Datuk Sarit, ramai lagilah untuk disebut, oleh itu sebaiknya kita jaga jelah Temerloh ini sebaiknya.
Wassalam
Wednesday, July 02, 2008
Anwar oh Anwar

Ramailah konco-konconya yang sanggup menggadaikan nyawanya untuk mempertahankan bahawa DSAI ini adalah tidak bersalah langsung. Tak buat perkara-perkara jahat. Termasuklah abang angkat beliau...amerika syarikat.

Ramai yang menyokong beliau pada masa ini tidak pernah mengalami kesusahan pada tahun 1998. Golongan muda yang berumur bawah 30 tahun. Menyokong bahawa DSAI lah yang patut menjadi perdana menteri mereka, kerana pada waktu mereka bersekolah dulu, DSAI adalah menteri pelajaran mereka. Jadi cukup rapat golongan muda ini dengan KBSR dan KBSM. Maka pada mereka DSAI ini adalah pemimpin yang cukup baik, mungkin ada yang berpendapat DSAI maksum kot.
Tetapi pada pendapat saya DSAI adalah seorang ahli politik yang telah gagal. Sejak tahun 1998 lagi beliau telah gagal. Kini beliau masih lagi seorang yang gagal.
Kenapa dianggap gagal?
Kes 1998
Pada waktu itu, DSAI adalah Timbalan Perdana Menteri Malaysia serta Timbalan Presiden UMNO dan barisan nasional. Pengikut beliau cukup ramai, semua orang setuju jika beliau menggantikan Dr Mahathir sebagai PM. Bak kata orang, tak siapa pun yang membantah kalau Dr Mahathir melantik beliau sebagai PM bila Dr Mahathir meninggalkan kerusi PM.
Tapi atas sifat yang sangat berkehendak menjadi PM, sifat ramai pemimpin melayu dulu dan kini, sifat hilang kawalan telah memusnahkan kariernya.
Desakan pengikut yang terlalu inginkan pemimpin mereka menjadi PM telah menjadikan DSAI dilihat seperti menjadi PM sebelum dilantik menjadi PM. Padahal 10 tahun dahulu jika beliau bersabar dan menjalankan tugas dengan baik, nescaya paklah takkan jadi PM hari ini.
Kes 2008
Saya melihat kebangkitan beliau ketika ini hanyalah satu perkara yang merosakkan melayu dan malaysia. DSAI memang pandai dari sudut oratornya, boleh mempengaruhi siapa yang mendengar kata-katanya, maka ramailah pengikutnya kini. Tetapi perkara yang sama saya jangkakan, kelamahan kawalan ini akan menjatuhkan beliau kembali. Terlalu ramai kumpulan pendesak yang bersuara lantang berada di belakang DSAI. Yang mereka mahukan adalah DSAI menjadi PM.
Tetapi untuk apa? Terjaminkah jika DSAI menjadi PM kita akan hidup dengan leabih selesa? Cekapkah beliau menangani krisis ekonomi negara? Cukuplah dengan peristiwa 1998 apabila beliau mencadangkan kita pinjam dengan IMF, itupun dengan bantuan abang angkat beliau - USA. Mungkin ramai orang-orang muda yang menajdi pengikut beliau kini tak merasakan pahitnya menghadapi masalah ekonomi 1998. Kalau kita mengharapkan DSAI pada waktu itu tolong selesaikan masalah itu, nescaya muflis Malaysia ni dah.
Orang yang macam ni yang nak diangkat menjadi PM? Beliau ingin menjadi PM hanya untuk membuktikan bahawa beliau tidak bersalah dan supaya dapat membuka fail-fail lama dan mengenakan orang-orang yang katanya telah mengenakan beliau. Bukanlah niat sebenar beliau untuk menjaga kepentingan rakyat Malaysia. Kita perlukan pemimpin yang mengetepikan kepentingan peribadi untuk kesejahteraan rakyat. Bukan pemimpin yang nak balas dendam.
Persamaan paklah dan anwar

Kedua-duanya yakin bahawa parti yang mereka pimpin kukuh. Paklah cakap rakyat menyokong padu pimpinan beliau, anwar cakap rakyat memberi sokongan padu kepada pimpinan dan bersedia untuk mengambil alih kerajaan pusat. Sama je keduanya ini. Cuma bezanya, paklah at least dah duduk kat post PM, anwar pernah memangku PM je waktu Tun Mahathir cuti dulu je...
Kesimpulan
Sudah-sudahlah kita berperang dan berpecah, yang sibuk berlawannya dua tiga orang kat atas je, yang makin susah makin ramai, yang berpecah makin ramai, yang tak terbelanya melayu jugak.
Dalam istilah broker saham, kita panggil 'cut lost'. So kita buang je yang bersengketa tu, kita cari pemimpin baru yang lebih genuine sifatnya. Memang susah tapi pasti ada, baik dari peringkat kampung, dun, parlimen mahupun perdana menteri. yang bikin kecoh ni kita cut lost je senang.
Wasallam.
Tuesday, June 24, 2008
Undi Percaya
Dulu tahun 2004, kita pakat undi ramai-ramai, kita undi sebab kita percaya bahawa PM baru akan membawa perubahan positif kepada negara. PRU12 kita lihat undi tak berapa percaya pada PM yang ada sekarang. Tuk tuk SAPP cakap nak usul undi tak percaya pada PM.
Tadi PakLah kata kita masih dapat sokongan KUKUH. Hehe rasa kelakar pun ada, kesian pun ada.
Setahu saya yang tidak berapa pandai ni, mana saja saya pergi, semua memberi pandangan sebaliknya. Atau mungkin jumlah yang saya temui tidak seramai yang kaki-kaki paklah jumpa untuk survey. Mungkin 'sampling method' saya yang belajar statistik ini tidak sehebat mata-mata paklah buat survey. Mesti diorang dulu dapat A+ dalam subjek QMT 272 (Theory of statistics for engineers and scientist- waktu saya belajar statistik dulu kat ITM subjek paling susah).
Pernah jugak saya berbual kosong dengan kawan baik saya di Putrajaya (tingkat bawah la, bukan tingkat 4), adakah kita sudah kembali kepada sistem kerajaan melayu lama dulu? Terdapat golongan bangsawan dan rakyat bawahan. Rakyat harus menurut segala yang ditetapkan oleh golongan bangsawan. Kalau tak mampu hidup sebagai kelas bangsawan, jadilah rakyat bawahan. Golongan pemimpin, saudagar, pegawai kanan kerajaan adalah kumpulan bangsawan. Petani, nelayan, kerani, pekerja kilang adalah rakyat bawahan. Mungkin ada benarnya situasi ini.
Tetapi senario sekarang agak berbeza. Golongan pertengahan adalah golongan paling ramai di negara ini. Ada berapa ramaikan golongan yang berstatus miskin di negara ini? Saya amat yakin jawabnya tidak ramai. Tetapi berapa ramaikah yang mendapat status miskin setelah inflasi berlaku? Terlalu ramai... Golongan pertengahan semakin terhimpit dan boleh jatuh jadi kumpulan miskin. Inilah sebenarnya rakyat bawahan. Terpaksa mengikut telunjuk golongan bangsaWan ini.
Apabila harga minyak meningkat, adakah kita semakin kurang golongan bangsawan beli Posche Cayenne? Makin bertambah adala... Tetapi kita boleh tengok semakin banyak kereta kena tarik dari golongan bawahan. Semakin terpisahlah jurang antara dua golongan melayu kuno ini pada zaman moden.
Inilah hakikat yang perlu diatasi oleh pemimpin-pemimpin masa kini. Rakyat perlu dibebankan dengan kenaikan harga minyak, kerana kerajaan tidak mahu susah untuk rakyat. Tetapi rakyat perlu susah untuk kerajaan. Barulah kita boleh laungkan `jangan kau tanya apakah sumbangan negara kepada engkau, tetapi tanyakanlah apakah sumbangan engkau kepada negara'.
Semoga allah merahmati Tanah Melayu ini dari kehancuran oleh 'flip-flop'.
Tuesday, June 03, 2008
Bumi dipijak milik bersama….

Populasi
Populasi 26,640,000
Semenanjung Malaysia 21,200,000
Sabah dan Sarawak 5,440,000
Agama
Islam 60.4%
Buddhism 19.2%
Christianity 9.1%
Hindu 6.3%
Confucianism/Taoism/other traditional Chinese religion 2.6%
Others 2.4%
Bangsa
Melayu 50.4% (CIA factbook)
65%
(Bumiputera)
Bumiputera bukan Melayu 14.6%
China 26%
35%
(Bukan Bumiputera)
India 8%
Lain-lain 1%
Sumber: Banci Jabatan Perangkaan 2006(34% dibawah umur 15 tahun)
Secara amnya rakyat malaysia cukup sensitif tentang nombor. Bila bawak kereta, mesti nak laju, 180 km/j? Harga barang naik, beras berapa sekilo? Semuanya adalah nombor-nombor yang memberi beribu erti.
Kerajaan yang bijaksana telah berjaya memerintah negara ini dengan baik kepada rakyatnya. Kepentingan agama dan bangsa tidak pernah diabaikan. Namun begitu akhir-akhir ini kecelaruan politik telah mengubah kerajaan yang memelihara rakyat kepada kerajaan ikut telunjuk pembangkang.
Kalau dulu, kita memberikan sedikit demi sedikit hak orang melayu kepada rakyat malaysia. Kini, dengan rakusnya hak orang melayu diberikan kepada bukan melayu. Kiranya kita orang melayu ini adalah bangsa yang pemurah. Dulu sewaktu zaman sekolah, saya diingatkan oleh guru Bahasa Melayu bahawa Bahasa Malaysia adalah bahasa yang tidak ada sejarah. Oleh itu kita menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Kini kita tukar la balik Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia, kononnya tidak mahu dilihat terlalu ‘racist’.
Liahtlah statistik diatas, Melayu masih lagi majoriti rakyat Malaysia. Tak tahulah saya ilmu mana kata kalau lebih dari 50% peratus dinafikan haknya. Melayu lah tuan Malaysia. Tetapi kita bagi la jugak 45% biasiswa JPA kepada bukan bumiputera. Kalau pak-pak menteri tu tak pandai statistik, meh saya nak tolong ajar. Rasanya saya layak untuk ajar mereka dengan kelulusan yang ada. Tak tahulah jika kadar pertumbuhan penduduk pada 2.4% setahun boleh mengubah peratusan bukan bumiputera dari 35% kepada 45% dalam tempoh dua tahun.
Alhamdulillah lah kita duduk di malaysia, melayu bergolak untuk satu negara yang kecil. Kalau kita ini adalah bangsa melayu yang duduk kat negara india atau cina, nescaya kalau kita komplen kita tidak akan dilayan. Cuba kita cari kat China, ada tak bangsa melayu yang jadi warganegara dapat ‘portion’ biasiswa macam kat sini? Sebab negara dia yang besar tu lagi la teruk bergolak kuasa politik. Sebab tu yang duduk negara ni mintak macam-macam. Kalau mintak kat negara asal dah tentu diorang tak dapat yang mereka dapat hari ini.
Kaum melayu masih ada raja, dan politik untuk terus berkuasa. Kuatkan politik, pulihkan ekonomi, bijakkan para menteri yang memerintah, pilihlah Perdana Menteri yang Baik (obviously not the current one).
Wassalam.
Thursday, May 22, 2008
Politik UMNO Orang Temerloh
Ketua Pemuda bahagian mungkin ramai yang nak duduk, Timbalan Ketua pun ada juga yang nak masuk, AJK lagi la ramai. Sampai ke cawangan pun ada yang nak rebut.
UMNO bahagian melihat kerusi kosong yang ditinggalkan oleh Datuk Sarit. Timbalan Ketua pun mungkin kosong, maka Naib Ketua pun kosong lah juga. AJK pun beratur yang nak masuk, yang dulu Pemuda dah bleh ngintai-ngintai ke bahagian. Itulah meriahnya UMNO Temerloh.
Kalau di TEMERLOH dah meriah, sudah tentu perhimpunan agong lebih berwarna-warni....
Apa pun keputusan yang dibuat, kerusi apa pun yang direbut, yang berebut, yang bertikam, yang bergasak tetap kerusi UMNO. Kerusi milik orang melayu. Negeri tanah melayu yang dikongsi bersama bangsa-bangsa lain. Demi menjaga kepentingan Melayu wujudlah UMNO. Bukan semua orang melayu masuk UMNO. Maka semakin kecillah kumpulan melayu ini.
Orang Temerloh pun begitu juga, ada tiga parti yang orang Melayu sertai, UMNO, PAS dan PKR. Maka secara zahirnya ada 4 puak melayu di Temerloh, 3 yang berparti, 1 yang tak kisah pasal parti apapun. Alhamdulillah setakat hari ini orang temerloh masih matang berpolitik. Tak gaduh sampai tak boleh sembahyang Jumaat bersama.
Namun begitu apa yang menjadi persoalan saya hanyalah, sejauh manakah orang-orang umno sendiri matang berpolitik. Perebutan kerusi menyebabkan ada yang tak bertegur sapa, ada yang tak nak bersalaman. Bawak kumpulan yang kalah pergi tukar keahlian tempat lain. Macam-macam lagi lah.
Pada saya, kalau nak berpolitik secara "gentlemen", rebutlah kerusi secara bijaksana. Kalau menang, tunaikan amanah dengan baik, kalau kalah, jangan tikam belakang. Terus berpolitik secara berhemah, nescaya orang-orang Temerloh akan bijak menilai. Ada rezeki, lain tahun orang pilih.
Wasallam.
Monday, May 05, 2008
Kita dan Isu Beras
Permasalahan ini boleh diredakan dengan banyak kaedah serta perlu diatasi bersama. Kerajaan yang menyediakan stok penimbal untuk masalah ini mungkin mampu menampung keperluan dalam beberapa ketika sahaja. Jika ada stok pun, masalah pengguna yang tidak mempunyai wang untuk membeli akibat peningkatan harga akan memburukkan keadaan.
Apalah sangat yang mampu dilakukan oleh kerajaan seandainya rakyat tidak menyokong tindakan tersebut. Jesteru saya berpendapat bahawa kita yang mengaku sebagai rakyat Malaysia harus mengambil langkah proaktif untuk mengatasi masalah ini.
Pertama – kita harus mengurangkan pengambilan nasi, bukan bermaksud berhenti terus mengambil nasi. Pengurangan penggunaan secara massa akan mengurangkan permintaan, maka, harga boleh distabilkan. Nasi memanglah sedap jika dimakan, tetapi pengambilan yang banyak boleh membawa kepada masalah. Pesakit-pesakit yang menghidap penyakit kronik harus mencari alternative lain untuk mengurangkan pengambilan nasi. Mereka yang berumur lebih dari 35 tahun sudah boleh mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat yang tinggi. Pengambilan yang tinggi tetapi tidak menukarkan kepada tenaga akan menyimpan tenaga tersebut kepada lemak.
Kedua – setiap negeri harus memainkan peranan mereka sendiri dengan menambahkan pengeluaran padi untuk kegunaan sendiri. Bekalan setempat akan mengurangkan kos dan menjamin bekalan yang berterusan. “ self sufficient “ dalam pengeluaran bahan makan ruji bukan sahaja menjimatkan tetapi juga dapat meningkatkan kadar guna tenaga buruh setempat dan peningkatan tahap ekonomi.
Ketiga – bagi penduduk Temerloh sendiri, kita mempunyai tanah paya terbiar yang cukup luas. Pihak kerajaan tempatan serta parti politik harus menggalakkan orang Temerloh untuk mengusahakan kembali paya-paya yang telah berpuluh tahun terbiar itu semula. Pengujudan estet padi secara komersial dan sistematik di daerah Temerloh harus diusahakan. Tukar sistem penanaman padi secara paya kepada sistem sawah. Wujudkan sistem pengairan yang sistematik nescaya masalah banjir akan sedikit sebanyak dapat diselesaikan di Temerloh. Selain ikan sangkar yang tumbuh subur di Temerloh, kita boleh menikmati beras buatan Temerloh yang bermutu.
Tanah paya terbiar di Paya Pulai
Bukan sekadar pembangunan fizikal yang harus diusahakan di Temerloh, pembangunan pertanian bagi kegunaan setempat akan lebih mendatangkan faedah kepada semua. Tindakan setempat mampu membangunkan keseluruhan Negara.
Friday, April 18, 2008
Kenali YB Kawasan Kita

YB. Dato' Saiffuddin Abdullah
AHLI Parlimen Temerloh
Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
SMS 019 9397 088

YB. Dato' Haji Mohd Sharkar bin Haji Shamsudin
ADUN Lanchang - Exco Penerangan, Sains Teknologi dan Inovasi

YB. Encik Chuah Boon Seong, SMP., AMP., PKC.

YB. Tuan Syed Hamid bin Syed Mohamed
ADUN Kuala Semantan
- Jika ingin berjumpa beliau, sila datang solat subuh berjemaah di Masjid Nurul Iman Kg Sungai Gau, Temerloh
Maka kita rakyat Temerloh, ayuhlah bersatu membangunkan bandar temerloh yang terkenal dengan iakan patin mahal itu....salam...
Friday, April 11, 2008
Adakah masih siknifikan UMNO di kampung kite?
Monday, April 07, 2008
TEMERLOH KINI...
Kini secara politiknya temerloh adalah terdiri dari Ahli Parlimen Barisan Nasional, Adun Lanchang Barisan Nasional, Adun Mentakab Barisan Nasional, Adun Kuala Semantan Pas. Tahniah kepada rakyat temerloh yang telah membuat pilihan dalam pilihanraya 2008 yang lalu. Tujuan koi buka blog ni bukannya apa, sekadar ingin mencari anak-anak temerloh yang berada di perantauan untuk berkongsi cerita terkini tentang kampung halaman kita yang berada tak jauh dari kota (tapi susoh ngat nok balik)... kalau balik pun raya esok.... Mengkekan itu koi menyeru rodong-rodong dari temerloh untuk join koi... Terima Kasih. Salam....