Monday, July 20, 2009

Formula yang semakin rumit

1/3+1/3+1/6=1.
Koi pun pening dengan matematik ni, dulu waktu koi skoloh, mudah je nok selesaikan permasalahan ni. Tapi koi takkan dapat jawapan dia 1. Pening betui. Tetapi koi percaya setiap permasalah pasti ada penyelesaian. Cara mana nak selesaikan tu mungkin perlukan masa yang panjang untuk selesaikan. Namun begitu permasalahan ini perlu selesai sebelum penghujung tahun 2012 paling lambat. Bukan ahli-ahli matematik yang perlu selesaikan masalah ini, tapi semua orang yang berusia 21 tahun keatas pada tahun 2012 nanti.

Jika ada sesiapa yang bijaksana boleh selesaikan permasalahan ini segera adalah amat dihargai...

Sunday, March 15, 2009

Sungai Gau Temerloh, Seri Gombak, Binjai Kota Bharu

Lama dah tak update blog ni, koi sibuk sangat kebelakangan ini. Tetapi alhamdulillah, bolah jugek menulis ni. Sungai Gau tu kampung koi la, seri gombak tu tempat koi menetap, binjai tu rumoh mok mertua koi. Maka allah telah memberikan koi peluang untuk berada di ketiga-tiga tempat yang mempunyai masjid yang mempunyai pemimpin dari PAS.

Di Sungai Gau, YB Syed Hamid jadi makmum je, di Sri Gombak, YB Dato Dr Hassan Ali baca Khutbah Jumaat dan Imam Solat Jumaat, di Binjai YB Salehuddin Ayob jadi Imam Solat Jumaat. Kebetulan jumaat lepas koi berada di masjid binjai untuk solat jumaat. Selepas selesai doa solat, Yb salehuddin bangun untuk memberikan sedikit ucapan. Ucapan ringkas dan tidak berbau politik, yang diceritakan bahawa usaha untuk membantu rakyat Gaza.

Koi bukanlah seorang ahli PAS mahupun penyokong PAS. Tetapi apa yang koi nok kongsi pengamalan dengan orang Temerloh adalah tindakan profesional yang diambil dan adab-adab dalam masjid. Contoh yang baik elok diikut. Pemimpin yang berpelajaran seharusnya bijak membezakan tempat berpolitik dan tempat beribadat.

Begitu juga dengan pemimpin UMNO seharusnya belajar untuk mendekati masjid, terutamanya pada waktu solat jumaat. Kalau ada mana-mana YB yang rajin, setiap minggu sembahyang Jumaat di setiap Masjid yang berbeza dalam parlimen Temerloh, pasti ramai yang minat dengan YB. Tak perlu berkempen, cukup sekadar memberi sedikit ucapan bertanya kabar dan memberi maklumat terkini pada tahap lokal dan global. Tidak dibenarkanpun berpolitik di masjid, jesteru bertanya kabar pasti memadai.

Koi teringin jugek tengok YB Dato Shakar ke, YB Dato. Saifuddin ke, solat jumaat kat Sg Gau, tak perlu majlis formal pun. (YB Chua tak payohlah yek). Nok sembah Allah tak payohlah nok meraikan manusia je, so just some curtesy visit will capture people's hearts.

Thirsty for comments...

Thursday, January 29, 2009

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH, MASIHI DAN CINA



Poltik Wang dan UMNO Temerloh II

1. Sungguh malang nasib mereka yang ditangkap kerana politik wang. Waktu yang diluangkan untuk berpolitik dibayar dengan keaiban.

2. Rata-rata yang ditangkap adalah orang lama dalam UMNO Temerloh. Setelah sekian lama berkhidmat dan ‘menerima’ khidmat , mereka diaibkan dengan tangkapan. Bukannya besar habuan mereka dapat pun, cuma rm 200 hingga 300, tetapi aibnya meliputi semua kebaikan yang telah dicurahkan kepada parti.

3. Namun inilah balasan dunia yang harus diterima oleh setiap mereka dan menjadi iktibar kepada yang lain. Kalau ada yang memberi, sudah-sudahlah memberi, betaubat lah, kalau ada yang menerima pun begitu juga.

4. Kembalilah kita memuhasabah diri tentang niat dan tujuan berpolitik. Ramai yang mengaut keuntungan sebenarnya apabila musim pemilihan berlaku. Banyak kedai-kedai makan yang laku, banyak hotel yang penuh, bahkan ikan patin pun laku dek kerana musim pemilihan. Adakah menjamu perwakilan makan ikan patin itu boleh dikira sebagai rasuah? Maka SPRM harus merampas ikan-ikan patin yang digunakan untuk menjamu perwakilan sekali sebagai bahan bukit.

5. Tujuan berpolitik kini sudah jauh berbeza dengan 50 tahun dahulu. Sebelum merdeka dulu kita berpolitik untuk menyatukan negara untuk kemerdekaan. Tetapi kaedahnya hampir sama, kedai kopi adalah tempat yang digunakan dari dulu hingga kini, mungkin sekarang kita tak panggil kedai kopi, kita mungkin panggil “White Coffee” ke atau kopitiam ke. Dulu mungkin bila pegi minum kopi, yang paling pandai bercakap akan selamat dari membayar kopi yang diminum, sekarang mungkin yang banyak dan pandai bercakap kena bayarkan kopi orang yang mendengar.

6. Selepas merdeka kita berpolitik untuk membangunkan negara. Kini kita sudah membangun. Politik pada Waktu pembungan menitikberatkan soal ilmu, cikgu akan mendapat tempat yang baik dalam UMNO mahupun PAS. Maka ramailah guru-guru yang menjadi ahli politik, ramai juga yang dah jadi Menteri Besar. Memang tidak boleh dinafikan pembangunan memerlukan pendidik dan rakyat perlu diilmukan. Setelah sampai kehujung pembagunan, kita sedang menghadapi kemajuan negara.

7. Pada keadaan menghadapi kemajuan, politik kini di banjiri oleh kontraktor-kontraktor dan ahli-ahli perniagaan. Sebagaimana mereka memenangi tender, harga yang paling rendah logiknya akan memenangi projek, tetapi sekiranya spesifikasi dan kualiti yang diambil kira, harga yang mahal biasanya akan memenangi tender. Budaya ini sedikit sebanyak telah di duplikasi didalam politik UMNO kini. Kalau calon hanya berbekalkan modal bahawa dia seorang cikgu atau pendidik maka kuranglah kebarangkalian mereka untuk menang. Maka bidaan harga adalah opsyen yang diguna pakai rata-rata calon-calon. Dalam politik, kualiti tidak datang pada tanda harga yang tinggi, kualiti datang pada khidmat dan bakti yang konsisten dan ikhlas. Kini nilai-nilai itu semakin berkurang atau mungkin pupus dalam UMNO. Jika politik membeli undi ini tidak padamkan segera, ia akan menjadi skim Piramid atau multi-level, yang menjadi Diamond, Emerald manager akan sentiasa untung, dan yang entry level akan sentiasa dapat 10% hasil menjual barang atau menjual undi. Sungguh memalukan.

8. Seharusnya kita berpolitik untuk memajukan negara. Duplikasi budaya membeli undi adalah sifat terlarang dalam teras agama islam yang dianuti oleh majoriti ahli UMNO. Dalam bahasa mudahnya RASUAH itu HARAM. Apakah perlu kita mengubah logo UMNO baru, setelah kita selesai dan yakin bahawa UMNO bebas rasuah nanti?

9. Ketua-ketua puteri, pemuda, wanita dan cawangan yang suka meminta-minta tajaan ini dan itu, hentikanlah segera amalan itu. Perwakilan-perwakilan yang terpilih dari semua peringkat, hentikanlah budaya meminta. Dudukah bersama AJK yang terpilih, berbincang bagaimana untuk menjana ekonomi cawangan dengan cara berniaga, atau memohon peruntukan secara rasmi dari pihak yang bertanggungjawab secara telus. Fikirkan secara ekonomi mikro yang lebih bersifat kekal, tidak bersifat bermusim seperti musim pemilihan parti.

10. AJK bahagian yang telah menang, tunaikan tanggungjawab untuk memberikan khidmat kepada cawangan-cawangan, memberi sokongan kepada peringkat Negeri dan pusat untuk memajukan negari Negara.

11. “Insyallah biro Pendidikan dan Latihan PEMUDA Temerloh akan menjalankan tugas dengan kursus pengurusan pertubuhan untuk semua Ketua dan Pegawai Pemuda pada peringkat cawangan”

12. Semoga kita diselamatkan dari anasir rasuah dan politik wang. Amin Wassalam