Wednesday, November 10, 2010

Hub Pendidikan


Koi suka sangat tengok pembangunan Temerloh. Namun begitu kadar pertumbuhan pembangunan di daerah kita ni lebih didominasi oleh bukan Melayu. Kedai makan memanglah ramai yang melayu punya, tetapi perniagaan-perniagaan lain. Kedai aksesori kereta, kedai telefon dan pelbagai kedai lainlah. Koi tidak menafikan tentang hak-hak bangsa lain, tetapi melalui pemerhatian koi yang cetek ni, jumlah ekuiti bumiputera di Temerloh pastinya jauh dari 30%. Pastinya pekerja Melayu itu lebih ramai dari kaum lain, tetapi pegangan dalam perniagaan itu amat rendah.
Oleh itu koi melihat ada beberapa ruang yang boleh dimanfaatkan oleh orang yang melayu yang bermodal besar. Koi terlihat satu kawasan di Terengganu, Gong Badak. Pembangunan yang agresif dapat dilihat bila wujud banyak pusat pendidikan dibuka di sesuatu kawasan. Lajuran dari kawasan industri Temerloh yang membawa kedua-dua hala kearah bandar temerloh dan mentakab dilihat amat menarik jika dibangunkan.
Tak perlu tunggu kerajaan pusat atau universiti-universiti tempatan membuka cawangan, banyak kolej swasta yang boleh dibawa masuk. Kolej Teknologi Timur misalnya, kalaupun tidak, UMNO bahagian sendiri boleh membuka kolej sendiri. Contoh yang jelas saya lihat adalah di Alor Gajah Melaka, Datuk Wira Abu Seman telah membuka Kolej Yayasan Alor Gajah. Kolej yang boleh menempatkan lebih 500 pelajar yang menawarkan kursus-kursus yang di franchise dari UiTM, UTM dan universiti-universiti lain. Yang kena 'market' tempat-tempat ini seharusnya MPT atau pentadbir daerah Temerloh ataupun Kerajaan negeri Pahang.

Tak perlu tunggu Universiti Malaya buka cawangan kat temerloh ni, banyak kolej universiti yang ada kat Malaysia ni yang perlukan tempat-tempat untuk dibuka cawangan. Kerajaan tempatan perlulah sediakan fasiliti untuk mereka ini membuka cawangan. Penduduk tempatan boleh menikmati banyak manfaat dari projek-projek sebegini, banyak rumah sewa boleh ditawarkan, bas akan mempunyai ramai penumpang. Banyak cyber cafe boleh dibuka, perniagaan-perniagaan kecil-kecilan juga akan tumbuh bersama kepesatan suasana pembelajaran. Pastinya jika pelajar ini ingin membeli barang keperluan atau berhujung minggu mereka akan ke pusat bandar Temerloh ataupun paling tidak ke pekan sari.

Banyak lagi rasanya benda yang boleh dibangunkan di Temerloh ni, kalau tidak takde la orang Temerloh boleh pakai kereta mewah, Camry plat no 95 tu misalnya, banyok peluang perniagaan yang dia buat.

Hope to see more good things happen di Temerloh.

Salam.