Thursday, January 29, 2009

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH, MASIHI DAN CINA



Poltik Wang dan UMNO Temerloh II

1. Sungguh malang nasib mereka yang ditangkap kerana politik wang. Waktu yang diluangkan untuk berpolitik dibayar dengan keaiban.

2. Rata-rata yang ditangkap adalah orang lama dalam UMNO Temerloh. Setelah sekian lama berkhidmat dan ‘menerima’ khidmat , mereka diaibkan dengan tangkapan. Bukannya besar habuan mereka dapat pun, cuma rm 200 hingga 300, tetapi aibnya meliputi semua kebaikan yang telah dicurahkan kepada parti.

3. Namun inilah balasan dunia yang harus diterima oleh setiap mereka dan menjadi iktibar kepada yang lain. Kalau ada yang memberi, sudah-sudahlah memberi, betaubat lah, kalau ada yang menerima pun begitu juga.

4. Kembalilah kita memuhasabah diri tentang niat dan tujuan berpolitik. Ramai yang mengaut keuntungan sebenarnya apabila musim pemilihan berlaku. Banyak kedai-kedai makan yang laku, banyak hotel yang penuh, bahkan ikan patin pun laku dek kerana musim pemilihan. Adakah menjamu perwakilan makan ikan patin itu boleh dikira sebagai rasuah? Maka SPRM harus merampas ikan-ikan patin yang digunakan untuk menjamu perwakilan sekali sebagai bahan bukit.

5. Tujuan berpolitik kini sudah jauh berbeza dengan 50 tahun dahulu. Sebelum merdeka dulu kita berpolitik untuk menyatukan negara untuk kemerdekaan. Tetapi kaedahnya hampir sama, kedai kopi adalah tempat yang digunakan dari dulu hingga kini, mungkin sekarang kita tak panggil kedai kopi, kita mungkin panggil “White Coffee” ke atau kopitiam ke. Dulu mungkin bila pegi minum kopi, yang paling pandai bercakap akan selamat dari membayar kopi yang diminum, sekarang mungkin yang banyak dan pandai bercakap kena bayarkan kopi orang yang mendengar.

6. Selepas merdeka kita berpolitik untuk membangunkan negara. Kini kita sudah membangun. Politik pada Waktu pembungan menitikberatkan soal ilmu, cikgu akan mendapat tempat yang baik dalam UMNO mahupun PAS. Maka ramailah guru-guru yang menjadi ahli politik, ramai juga yang dah jadi Menteri Besar. Memang tidak boleh dinafikan pembangunan memerlukan pendidik dan rakyat perlu diilmukan. Setelah sampai kehujung pembagunan, kita sedang menghadapi kemajuan negara.

7. Pada keadaan menghadapi kemajuan, politik kini di banjiri oleh kontraktor-kontraktor dan ahli-ahli perniagaan. Sebagaimana mereka memenangi tender, harga yang paling rendah logiknya akan memenangi projek, tetapi sekiranya spesifikasi dan kualiti yang diambil kira, harga yang mahal biasanya akan memenangi tender. Budaya ini sedikit sebanyak telah di duplikasi didalam politik UMNO kini. Kalau calon hanya berbekalkan modal bahawa dia seorang cikgu atau pendidik maka kuranglah kebarangkalian mereka untuk menang. Maka bidaan harga adalah opsyen yang diguna pakai rata-rata calon-calon. Dalam politik, kualiti tidak datang pada tanda harga yang tinggi, kualiti datang pada khidmat dan bakti yang konsisten dan ikhlas. Kini nilai-nilai itu semakin berkurang atau mungkin pupus dalam UMNO. Jika politik membeli undi ini tidak padamkan segera, ia akan menjadi skim Piramid atau multi-level, yang menjadi Diamond, Emerald manager akan sentiasa untung, dan yang entry level akan sentiasa dapat 10% hasil menjual barang atau menjual undi. Sungguh memalukan.

8. Seharusnya kita berpolitik untuk memajukan negara. Duplikasi budaya membeli undi adalah sifat terlarang dalam teras agama islam yang dianuti oleh majoriti ahli UMNO. Dalam bahasa mudahnya RASUAH itu HARAM. Apakah perlu kita mengubah logo UMNO baru, setelah kita selesai dan yakin bahawa UMNO bebas rasuah nanti?

9. Ketua-ketua puteri, pemuda, wanita dan cawangan yang suka meminta-minta tajaan ini dan itu, hentikanlah segera amalan itu. Perwakilan-perwakilan yang terpilih dari semua peringkat, hentikanlah budaya meminta. Dudukah bersama AJK yang terpilih, berbincang bagaimana untuk menjana ekonomi cawangan dengan cara berniaga, atau memohon peruntukan secara rasmi dari pihak yang bertanggungjawab secara telus. Fikirkan secara ekonomi mikro yang lebih bersifat kekal, tidak bersifat bermusim seperti musim pemilihan parti.

10. AJK bahagian yang telah menang, tunaikan tanggungjawab untuk memberikan khidmat kepada cawangan-cawangan, memberi sokongan kepada peringkat Negeri dan pusat untuk memajukan negari Negara.

11. “Insyallah biro Pendidikan dan Latihan PEMUDA Temerloh akan menjalankan tugas dengan kursus pengurusan pertubuhan untuk semua Ketua dan Pegawai Pemuda pada peringkat cawangan”

12. Semoga kita diselamatkan dari anasir rasuah dan politik wang. Amin Wassalam