Thursday, November 06, 2008

Popular atau Tanggungjawab



Assalamualaikum Warahmatullah,


Dah lama koi tak menulis ni, cuma barulah waktu ini mempunyai ruang waktu untuk menulis. Koi mengimbas kembali pemilihan PPU Temerloh ahad lepas. Terlebih dahulu koi ucapkan tahniah kepada yang terpilih.


Koi cuma nak ingat balik kiraan undi untuk setiap calon KP. Yang menang dapat 102 undi, yang kedua, 86 undi, ketiga, 44 undi dan yang keempat, 26 undi. Undi rosak 3. Kalau tak tepat kiraan undi ni, koi mintak maaflah, tapi apa yang koi tahu begitulah.


16 undi telah membezakan antara pemenang dan yang tempat kedua. Atau dalam bahasa statistiknya 15% telah membezakan pemenang. Dengan beza inilah, menajadikan Saudara Megat Asri sebagai Ketua Pemuda UMNO Temerloh. Adakah ini indikator bahawa megat lebih popular dari calon-calon lain?


Pada pendapat koi,


Megat bukanlah seorang yang popular. Tetapi pada mata perwakilan-perwakilan yang memilih beliau, Megat adalah orang yang harus DIPERTANGGUNGJAWABKAN untuk memipin golongan muda melalui UMNO di Temerloh. Yang paling popular adalah FM. Yang paling menonjol adalah RH, dan yang paling rugi adalah AS. (Koi reserved komen koi)


Mengapa Megat?

Pada koi, orang temerloh inginkan pemimpin yang sentiasa ada di Temerloh. Tetapi harus diingat, bahawa dengan perlantikan ini, Megat akan mepunyai waktu yang terhad di Temerloh. bukan kerana lari dari tanggungjawab, tetapi kerana tanggungjawab inilah beliau terpaksa kesana dan sini untuk berkhidmat kepada masyarakat Temerloh.


Koi selalu memikirkan tentang 3 lagi calon yang gagal. Kalu setakat 3 orang sahaja tak pe, tetapi 154 orang perwakilan lain yang tidak mengundi Megat. Adakah mampu Megat menarik balik 157 orang ini untuk bekerjasama dengan beliau? Adakah 157 orang ini sanggup dan terbuka hati mereka untuk berkhidmat bersama beliau?


Namun begitu, walaupun Megat yang dipertanggungjawabkan untuk memimpin, kesemua jemaah yang dilantik harus bersama untuk menarik balik perwakilan yang ada supaya bersama menguatkan kembali Pemuda UMNO. Insyallah dari 259 perwakilan ini, mampu menarik ribuan lagi pemuda Temerloh diluar sana untuk bersama berjuang untuk kepentingan Islam, Melayu dan Malaysia.


Selamat menjalankan tugas semua!!

2 comments:

Catatan Petani said...

"Pada koi, orang temerloh inginkan pemimpin yang sentiasa ada di Temerloh. Tetapi harus diingat, bahawa dengan perlantikan ini, Megat akan mepunyai waktu yang terhad di Temerloh. bukan kerana lari dari tanggungjawab, tetapi kerana tanggungjawab inilah beliau terpaksa kesana dan sini untuk berkhidmat kepada masyarakat Temerloh."

salam bro.

kawan nak ingatkan sikit je..
tahniah kerana terpilih tapi jangan over sangat. setakat ketua dan ajk pemuda bahagian tu apalah sangat..
belum lagi yb, jadi tak banyak benda boleh buat.
Ada sesetengah YB pun tak boleh buat apa-apa pun..

Tapi walaubagaimanapun, kwn sokong awk semua

maaja said...

Salam,

Jgn jadikan alasan dgn perlantikan ni KP akan mempunyai waktu yg terhad utk menjalankan t/jwb. Itu cam Ahli Parlimen Temerloh kita bila dh jadi Timbalan Menteri susah balik kg, byk pgrm wakilkan org lain...

Ni baru jadi KP. MEGAT kena bijak mengatur ... bukan ke sana ke mari tanpa hala tuju..

Siapa kata MEGAT tak popular di Temerloh? Orang kampung kenal ke RH yg dikatakan paling menonjol?

Yang penting MEGAT kena fikirkan cara nk tackle balik 154 org ni..
Tp sy percaya undi Lnchng yg terpecah ke AS tu, boleh dpt balik.....

Selamat berjuang sdr MEGAT dan AAJ teruskan keprihatinan kat org Tloh....

Salam.....