Friday, April 11, 2008

Adakah masih siknifikan UMNO di kampung kite?


semakin hari, semakin banyak berita keluar dalam akhbar, dalam tv, dalam internet tentang umno. seolah-olah di dalam barisan nasional ada lebih dari 14 parti komponen. kalau mengikut kiraan koi, rasanya dah mencapai 24 parti komponen dalam BN. Tak taulah macam mana pengiraan yang baik, adakah semakin kecil bilangan parti komponen, semakin baik atau sebaliknya. Kalau dalam umno saja dah ada 10 komponen iaitu 10 pasukan atau dalam bahasa mudahnya 10 kapal, maka tidak salahlah bahawa BN dah ada 24 parti komponen.

pemilihan umno tak lama dah ni, pemilihan PAS mesti tak ada kecoh-kecoh cam gini ek. Entahlah.... UMNO adalah parti orang melayu, PAS adalah parti orang Islam..... KeADILan adalah parti untuk mereka yang menegakkan keadilan (katanya...), yang pastinya koi orang Islam yang sangat sayangkan bangsa melayu. Kat dalam dunia ini tak ada satu negarapun yang bernama melayu. Yang ada malaysia, kalau kita dah tak ada hak nak duduk kat sini, kat mana kita nak balik ek... kalau orang cina.. boleh balik cina, orang india boleh balik india atau sri lanka, orang bangla boleh balik bangladesh, orang indon dah tentu balik indon. Kita MELAYU?


Renung-renungkan....

3 comments:

Pancasara said...

UMNO tetap masih signifikan...cuma yang jadi masalah, pelajar-pelajar (terutama di IPT) makin menjarakkan diri dengan UMNO.

Sesuatu kena dilakukan untuk perbaiki perkara ni...kalau dibiarkan, lambat-laun kesannya tak dapat kita fikirkan...

Mohd Nadzri Kamsin said...

UMNO yang sebenarnya perlu mendekatkan diri dengan rakyat secara ikhlas dan jujur.

Enche Bon said...

Sesuatu yang perlu difikirkan kenapa dan mengapa anak-anak melayu di IPT itu semakin menjarakkan diri dengan UMNO?

Apakah pucuk yang diatas sudah lupa akan akar yang dibawah :) It work both ways...

Nape yek?