Thursday, November 13, 2008

Politik Wang UMNO di Temerloh


Sejahtera keatas semua....

Setelah selesai semua peringkat UMNO bahagian Temerloh ahad lepas, ada suara-suara sahabat yang berbunyi tentang politik wang. "Rumah dah siap, pahat masih berbunyi". Fenomena dimana ada yang menyatakan bahawa politik wang telah mengubah keputusan pemilihan perwakilan. Apalah yang sebenarnya berlaku? Koi pun tak tahu sangat.

Tetapi koi tahu ada bermacam senario sewaktu proses pemilihan dan kempen. Proses ni berlaku dari dua hala, "top to bottom" dan "bottom to top".

1. Top to bottom
Ada dikalangan pemimpin atasan UMNO Temerloh sendiri mempunyai pilihan kepimpinan mereka sendiri. Didalam Pemuda misalnya, ada calon-calon KP yang tidak disokong oleh pihak atasan bahagian. Maka berlakulah proses cantas-mencantas dan bom-mengebom. Mungkin koi tidak dapat memberikan bukti yang jelas, tapi cakap-cakap ada lantas ke telinga koi sendiri.

2. Bottom to top
Perubahan yang perwakilan mahukan adalah jelas bila ramai yang memilih untuk menerima calon-calon yang benar layak dan disukai oleh pihak akar umbi, bukan pilihan pihak atasan parti. Inilah proses yang sebnarnya yang patut berlaku dalam keadaan Demokrasi. Pemimpin pilihan rakyat. Bukan pemimpin parti pilihan wakil rakyat. Secara logiknya, wakil rakyat itu dipilih oleh rakyat juga.

Namun apa yang lebih membimbangkan koi adalah budaya "politik wang" dan "politik meminta" dalam umno Temerloh kini semakin busuk. Pada koi budaya ini telah dilakukan oleh pihak yang terdahulu dan perwakilan telah menjadi 'pandai ajar' dengan budaya ini telah menjadi ikutan. Pada koi orang yang mengundi calon mengikut jumlah sumbangan tertinggi adalah seperti menjual undi, dan undi ini adalah amanah. Sesungguhnya orang yang menjual amanah ni, pada koi adalah dikeji allah. Tetapi bukan semua berfikiran begitu, masih ada ramai lagi pengundi yang bijak dan waras membuat pilihan.

Dan hasil dari budaya membida ini, wujud pula satu budaya 'meminta'. Ada dikalangan perwakilan dan KP cawangan yang gemar meminta-minta sumbangan baik dari Ketua mahupun AJK Bahagian. Inilah yang koi gelar pemilik lesen "kelas S". Lesen kelas SUBSIDI. Tidak ada jalan lain dalam pemikiran mereka untuk mendapatkan kewangan untuk cawangan. Padanlah akaun cawangan tak pernah ada, semuanya adalah duit 'grant'. Duit ni memang tak boleh ada baki, kerana ia bersifat hangus. Sepatutnya mereka ni dan koi sendiri harus memikirkan bagaimana untuk menjana kewangan cawangan, supaya dapat digunakan untuk kegiatan-kegiatan cawangan. Peluang menjana kewangan yang harus dilihat oleh semua cawangan, bukan sekadar untuk membelanjakan, tetapi harus mencari jalan untuk mengumpul wang untuk rakyat. Dari wang yang ada itu, gunakanlah untuk membeli bola, beli tiang gol, bela padang. Barulah bergelar rakyat berkelas A.

Rentikanlah semua sudut politik wang ni, baik dari perwakilan mahupun pemimpin sendiri. Jika tidak ada permintaan, nescaya penawaran akan kurang, begitulah sebaliknya. UMNO perlu berubah kepada konsep politik asal dahulu, semua pejuang UMNO adalah nasionalis. Bukan moneylis. Mereka menjadi pemimpin dengan tujuan membela Islam dan Melayu. Bukan membela jumlah akaun dalam bank. Pada zaman moden ini, gunakan parti untuk memperkukuhkan bangsa, dapatkan wang diluar parti. Banyakkan peluang untuk membangunkan bangsa, bukan banyakkan peluang wang untuk pengundi.

Ke gone kengkawan?

2 comments:

bakal pemuda UMNO said...

politik wang di temerloh telah di ketahui ramai oleh org2 yg di luar kawasan temerloh kita ini malahan di negeri lain pun tahu tentang politik wang di temerloh ini, sb ramai kwn2 saya yang berada di berlainan negeri pun ada mengajukan soalan tentang politik wang di temerloh ini yang kian membusur nanah sejak akhir2 ini. ada yang mengatakan Temerloh adalah transit bagi politik wang di Pahang ini, perkara sebegini tak sepatutnya berlaku di daerah kita ini, kite patut cari calon2 yang betul2 berkelayakan bukan dari segi hubungan sosialnya dgn masyarakat dan juga dikalangan ahli2 UMNO sahaja, malah calon2 ini perlulah bijak mengatur strategi untuk membantu rakyat dan menambah kepercayaan terhadap UMNO temerloh ini. calon juga perlulah bijak dari segi akademik supaya beliau dapat berbahas dgn baik dan berinformatif supaya rakyat jelas tentang agenda UMNO temerloh ini dan dapat disampaikan mesej itu dgn baik pada rakyat. wang bukan lah cara yang terbaik, ini dapat mengeruhkan lagi politik negara kita, rakyat makin bijak di Temerloh ini, boleh kata kan sekarang ini setiap rumah ditemerloh ini ada golongan bijak pandai yang boleh menilai segala berita itu samada baik atau buruk melalui media elektronik. politik wang dan cantas mencantas calon lain untuk naik amat synonim dgn dunia politik temerloh ini. saya yakin bahawa rakyat temerloh tahu tentang berita ini bukan sahaja dikalangan ahli2 UMNO,saya pernah berborak dgn masyarakat di temerloh ini tentang calon yang mereka inginkan sbg wakil rakyat, mereka inginkan wakil rakyat yang bersih dari rohaninya,pysicalnya dan seseorang yang memahami kehendak rakyat dan yang penting mereka katakan mereka mahukan wakil rakyat yang sentiasa bersama dgn rakyat dgn senang berjumpa dan berbincang dgn tidak perlu pergi ke pejabatnya. jika seseorang itu mempunyai wang yang banyak untuk di berikan, tetapi tidak tahu membuat kerja dgn baik ini dapat mengeruhkan lagi parti kita dan boleh hilang kepercayaan rakyat pada UMNO ini amat menyedihkan sekali.

joooo said...

pakgae pejabat daerah????????????????
ko na bagi cadagan ckt kat pakgate pejabat daerah,