Tuesday, July 29, 2008

Sebulan dalam perperangan

Bermula 17 Julai 2008 hingga 24 Ogos 2008, seluruh Malaysia menghadapi musim perang kecil-kecilan tetapi menyeluruh. Ramai yang mati, ramai yang cedera parah, ramai juga yang terselamat, ada juga yang menyelamatkan diri didalam semak. Semua ini angkara pemilihan pada peringkat cawangan dalam UMNO. Tak kiralah samada dari peringkat Cawangan, Putri, Pemuda mahupun Wanita, pasti ada bermacam jenis perang berlaku.

Di Temerloh pun hebat juga perang ni, dari hujung sempadan karak, sampailah ke sempadan maran, dari sempadan kuala kerau, sampailah sempadan bera, itulah luasnya takluk perang umno ni.

Percayalah! bahawa sewaktu ini, ada yang sewaktu PRU12 tampal poster PR kini jadi ahli perwakilan tidakpun mengundi sebagai ahli sah di cawangan. Ramai yang koi tengok dengan mata-kepala koi sendiri. Itulah hebatnya cawangan-cawangan umno temerloh.

Sewaktu pemilihan ini, terdapat banyak puak, ada yang sokong team A, Team B, Team C, Team D pun ada. Punyalah ramai orang nak jadi pemimpin di Temerloh ni, yang masuk kapal pulak lagi la ramainya. Koi pun masuk jugek, hehehehehe

Tetapi secara peribadinya, dalam Pergerakan Pemuda Umno Temerloh koi rasa hanya 2 orang sahaja yang layak bertanding Ketua Pemuda Bahagian. Hanya 2 orang sahaja yang layak bertanding untuk menjadi Naib Ketua. Megat Asri dan Ridzwan Hazimin sahaja yang layak untuk dipilih untuk menjadi ketua. Yang lain harus memuhasabahkan diri dulu, adakah mereka layak untuk bertanding? adakah mereka menepati ciri-ciri minima untuk menjadi seorang ketua?

Berilah laluan kepada orang yang selayaknya untuk menjadi pemimpin, tidak perlu ada unsur paksaan dalam pemilihan pemimpin. Apatah lagi unsur rasuah samada dalam bentuk wang, benda mahupun jawatan untuk menyebabkan orang menyokong pemimpin. Pada pendapat koi, pemimpin itu harus menjalankan tugas-tugas yang membolehkan penyokong mendekati mereka secara huluan dan hiliran. Mereka haruslah disokong oleh pengikut akar umbi, dikenali oleh peringkat tertinggi, sealiran pada kepimpinan bahagian. Bukan sekadar popular secara Positif di Temerloh, tetapi harus juga dikenali ramai pada peringkat kebangsaan. Kerana apabila mereka menajdi Ketua kelak, lebih banyak kebaikan yang dapat diraih oleh penduduk Temerloh dari ketua mereka daripada kebaikan yang diperolehi untuk individu ketua itu sendiri.

Apapun, percayalah! Mana-mana calon ketua yang ikhlas, jujur sewaktu proses pemilihan akan mendapat jawatan ketua. Bukan yang bersifat mengancam orang lain. Kita lihatlah hasilnya pada bulan November nanti.

No comments: