Wednesday, July 16, 2008

Debat

Malam tadi saya percaya media prima telah berjaya mendapat rating yang paling tinggi. Langkah yang sungguh bijak, secara mendadak TV9 menjadi tatapan hampir seluruh rakyat Malaysia. Dato Shabery Chik dan Datuk Sri Anwar Ibrahim berdepat tentang isu yang sememangnya sangat menarik. Antar keduanya, orang yang paling untung dalam rancangan ini ialah DSAI. Inilah peluang keemasan yang ditunggu oleh beliau. Dan beliau telah menggunakan peluang ini sebaiknya.



Foto dari The Star

Walaupun bukanlah sehebat mana perdebatan itu, tetapi Dato Shabery telah bersikap kurang profesional dengan menyerang secara peribadi kepada DSAI, dan ini dijawab secara gentlemen oleh DSAI. Rata-rata semua mengetahui tentang idea yang disampaikan oleh DSAI berbanding dengan Dato Shabery. DSAI mengambil langkah bijak dengan menajdi 'Mr Nice Guy', dan in semestinya menarik minat orang-orang yang belum pernah mendengar atau mengenali beliau sebelum ini. Itulah anwar ibrahim, kalah dalam cerita Cicakman tu boleh ganti aznil jadi Profesor Klon. Tetapi hakikatnya beliau hanya menyuarakan kembali apa yang disuarakan oleh ramai orang termasuklah orang Barisan Nasional sendiri. Satu pendekatan dan cara popular untuk mendekati rakyat.




Idea yang telah digunapakai sewaktu pemerintahan Tun Mahathir dan telah di BOLDkan oleh DSAI. Dan ini telah di 'rebranding' oleh beliau dengan PR. Dato Shabery telah berada didalam persimpangan kerana beliau terpaksa mempertahankan keputusan yang dibuat oleh beberapa orang lain dalam kabinet paklah. Orang yang paling layak untuk menjawab debat semalam adalah Dato' Shahrir Samad, dialah yang selalu menjawab kepada orang awam tentang isu ini.



Ramai orang UMNO yang tidak bersetuju dengan kenaikan harga minyak, mereka bukan menidakkan kenaikan, tetapi ratio kenaikan itu yang menyakitkan, kepimpinan paklah yang dinasihatkan oleh cerdik-pandai yang hidupnya dah selesa telah mengambil keputusan untuk meringankan beban kerajaan degan menambahkan beban rakyat. Apakah susah benar mencari "equalibirium line" antara beban rakyat dan beban kerajaan, semua itu boleh dikira dengan mudah kalau mereka ingin mencari penyelesaian terbaik. Ramai ahli ekonomi yang bijak-bijak yang ada dalam kerajaan tak mampu untuk buat keputusan yang bertentangan dengan paklah agaknya.



Kesimpulan dari rancangan debat semalam, DSAI adalah orang yang beruntung kerana mendapat Media coverage yang besar, dan Kerajaan rugi kerana seluruh negara mengetahui bahawa kerajaan tidak menerima cadangan dari ramai rakyat termasuklah ahli-ahli UMNO, walaupun mereka tidak menyokong DSAI tetapi secara prinsipnya DSAI berada sealiran dengan pemikiran ramai rakyat. Itulah hakikatnya, dan kerajaan kini telah tersilap langkah dengan memberikan rebet tunai kepada rakyat. Seandainya kerajaan berani dan sanggup untuk berkorban untuk rakyat dan mempopularkan umno dan BN kembali, maka satu perancangan subsidi minyak harus diadakan semula. Cukup mudah, kerajaan paklah hanya perlu kembalikan harga minyak kepada RM1.92, sekaligus menjadikan harga itu lebih murah dari RM2.20 seperti yang DSAI cadangkan. Mesti rakyat setuju punya dengan BN. Dalam tempoh setiap 3 bulan, satu kenaikan harga mungkin dalam nilai RM0.30, sehingga satu harga yang paling optimum. Dan ini membolehkan rakyat membuat 'adjustment' dan persediaan secara sistematik, begitu juga dengan kerajaan. Tak perlu ramai sangat pakar ekonomi untuk selesaikan masalah sebegini, hanya hati dan pemikiran yang tebuka sahaja yang boleh selesaikan masalah ini.



Kepada semua pemimpin kerajaan, selamilah setiap hati dari 27 juta rakyat Malaysia ini. Pemilihan UMNO akan bermula esok. So jangan lupalah calonkan saya jadi AJK pemuda bahagian ye. Bagi yang nak jadi Ketua Pemuda Bahagian dan Naib Ketua Pemuda tu, berkempenlah dengan berhemah, janganlah hanya kerana untuk memenangi kerusi, kita hilang Profesionalisme. Nak jadi pemimpin bukan mudah, bukan kena jawab kat pengundi sahaja, esok kat alam kubur kena jawab, kat akhirat yang kekal abadi pun kena jawab. Serta ingatlah, jika kita berjaya maknanya Allah memberi rezeki kepada kita, dan yang tak berjaya itu maknanya Allah belum memperkenankan rezeki kita lagi. Wassalam

1 comment:

mek la said...

salam. koi tak pk dsai sngaja jadi mr nice guy tp apa yg dia utarakan mmg betul dan begitulah layanan yg sepatutnya kepada sc yg tidak professional dan tidak cukup fakta. personally koi bknla penyokong dsai atau mana2 tetapi koi akan guna pakai mana2 pendapat atau langkah2 yg betul pada perkiraan koi. debat mlm tadi, walaupun sc bkn lawan dsai tetapi koi ada ltk sedikit expectation utk dia terangkan apa rational kerajaan dlm menangani harga minyak seperti yg dia war2kan sebelum ini i.e tanggungjawab dia sbgai menteri penerangan utk terangkan kpd rakyat.sayangnya dia memilih utk menyerang peribadi dsai. koi kira krn dia tidak bersedia dgn fakta, kerana faktanya tidak betul, oleh itu dia hanya boleh menyerang peribadi org utk cover dirinya yg dah mati akal di situ.kesimpulannya walau siapa pun dsai, walau apa pun kesinisan terhadapnya, mekanisme yg diketengahkan mmg masuk akal. walaupun ada idea tdm, tp klu perkara yg betul, kenapa tidak kita gunapakai. jgn jadi mcm sesetengah org..wasalam