Tuesday, July 29, 2008

Sebulan dalam perperangan

Bermula 17 Julai 2008 hingga 24 Ogos 2008, seluruh Malaysia menghadapi musim perang kecil-kecilan tetapi menyeluruh. Ramai yang mati, ramai yang cedera parah, ramai juga yang terselamat, ada juga yang menyelamatkan diri didalam semak. Semua ini angkara pemilihan pada peringkat cawangan dalam UMNO. Tak kiralah samada dari peringkat Cawangan, Putri, Pemuda mahupun Wanita, pasti ada bermacam jenis perang berlaku.

Di Temerloh pun hebat juga perang ni, dari hujung sempadan karak, sampailah ke sempadan maran, dari sempadan kuala kerau, sampailah sempadan bera, itulah luasnya takluk perang umno ni.

Percayalah! bahawa sewaktu ini, ada yang sewaktu PRU12 tampal poster PR kini jadi ahli perwakilan tidakpun mengundi sebagai ahli sah di cawangan. Ramai yang koi tengok dengan mata-kepala koi sendiri. Itulah hebatnya cawangan-cawangan umno temerloh.

Sewaktu pemilihan ini, terdapat banyak puak, ada yang sokong team A, Team B, Team C, Team D pun ada. Punyalah ramai orang nak jadi pemimpin di Temerloh ni, yang masuk kapal pulak lagi la ramainya. Koi pun masuk jugek, hehehehehe

Tetapi secara peribadinya, dalam Pergerakan Pemuda Umno Temerloh koi rasa hanya 2 orang sahaja yang layak bertanding Ketua Pemuda Bahagian. Hanya 2 orang sahaja yang layak bertanding untuk menjadi Naib Ketua. Megat Asri dan Ridzwan Hazimin sahaja yang layak untuk dipilih untuk menjadi ketua. Yang lain harus memuhasabahkan diri dulu, adakah mereka layak untuk bertanding? adakah mereka menepati ciri-ciri minima untuk menjadi seorang ketua?

Berilah laluan kepada orang yang selayaknya untuk menjadi pemimpin, tidak perlu ada unsur paksaan dalam pemilihan pemimpin. Apatah lagi unsur rasuah samada dalam bentuk wang, benda mahupun jawatan untuk menyebabkan orang menyokong pemimpin. Pada pendapat koi, pemimpin itu harus menjalankan tugas-tugas yang membolehkan penyokong mendekati mereka secara huluan dan hiliran. Mereka haruslah disokong oleh pengikut akar umbi, dikenali oleh peringkat tertinggi, sealiran pada kepimpinan bahagian. Bukan sekadar popular secara Positif di Temerloh, tetapi harus juga dikenali ramai pada peringkat kebangsaan. Kerana apabila mereka menajdi Ketua kelak, lebih banyak kebaikan yang dapat diraih oleh penduduk Temerloh dari ketua mereka daripada kebaikan yang diperolehi untuk individu ketua itu sendiri.

Apapun, percayalah! Mana-mana calon ketua yang ikhlas, jujur sewaktu proses pemilihan akan mendapat jawatan ketua. Bukan yang bersifat mengancam orang lain. Kita lihatlah hasilnya pada bulan November nanti.

Wednesday, July 16, 2008

Debat

Malam tadi saya percaya media prima telah berjaya mendapat rating yang paling tinggi. Langkah yang sungguh bijak, secara mendadak TV9 menjadi tatapan hampir seluruh rakyat Malaysia. Dato Shabery Chik dan Datuk Sri Anwar Ibrahim berdepat tentang isu yang sememangnya sangat menarik. Antar keduanya, orang yang paling untung dalam rancangan ini ialah DSAI. Inilah peluang keemasan yang ditunggu oleh beliau. Dan beliau telah menggunakan peluang ini sebaiknya.



Foto dari The Star

Walaupun bukanlah sehebat mana perdebatan itu, tetapi Dato Shabery telah bersikap kurang profesional dengan menyerang secara peribadi kepada DSAI, dan ini dijawab secara gentlemen oleh DSAI. Rata-rata semua mengetahui tentang idea yang disampaikan oleh DSAI berbanding dengan Dato Shabery. DSAI mengambil langkah bijak dengan menajdi 'Mr Nice Guy', dan in semestinya menarik minat orang-orang yang belum pernah mendengar atau mengenali beliau sebelum ini. Itulah anwar ibrahim, kalah dalam cerita Cicakman tu boleh ganti aznil jadi Profesor Klon. Tetapi hakikatnya beliau hanya menyuarakan kembali apa yang disuarakan oleh ramai orang termasuklah orang Barisan Nasional sendiri. Satu pendekatan dan cara popular untuk mendekati rakyat.




Idea yang telah digunapakai sewaktu pemerintahan Tun Mahathir dan telah di BOLDkan oleh DSAI. Dan ini telah di 'rebranding' oleh beliau dengan PR. Dato Shabery telah berada didalam persimpangan kerana beliau terpaksa mempertahankan keputusan yang dibuat oleh beberapa orang lain dalam kabinet paklah. Orang yang paling layak untuk menjawab debat semalam adalah Dato' Shahrir Samad, dialah yang selalu menjawab kepada orang awam tentang isu ini.



Ramai orang UMNO yang tidak bersetuju dengan kenaikan harga minyak, mereka bukan menidakkan kenaikan, tetapi ratio kenaikan itu yang menyakitkan, kepimpinan paklah yang dinasihatkan oleh cerdik-pandai yang hidupnya dah selesa telah mengambil keputusan untuk meringankan beban kerajaan degan menambahkan beban rakyat. Apakah susah benar mencari "equalibirium line" antara beban rakyat dan beban kerajaan, semua itu boleh dikira dengan mudah kalau mereka ingin mencari penyelesaian terbaik. Ramai ahli ekonomi yang bijak-bijak yang ada dalam kerajaan tak mampu untuk buat keputusan yang bertentangan dengan paklah agaknya.



Kesimpulan dari rancangan debat semalam, DSAI adalah orang yang beruntung kerana mendapat Media coverage yang besar, dan Kerajaan rugi kerana seluruh negara mengetahui bahawa kerajaan tidak menerima cadangan dari ramai rakyat termasuklah ahli-ahli UMNO, walaupun mereka tidak menyokong DSAI tetapi secara prinsipnya DSAI berada sealiran dengan pemikiran ramai rakyat. Itulah hakikatnya, dan kerajaan kini telah tersilap langkah dengan memberikan rebet tunai kepada rakyat. Seandainya kerajaan berani dan sanggup untuk berkorban untuk rakyat dan mempopularkan umno dan BN kembali, maka satu perancangan subsidi minyak harus diadakan semula. Cukup mudah, kerajaan paklah hanya perlu kembalikan harga minyak kepada RM1.92, sekaligus menjadikan harga itu lebih murah dari RM2.20 seperti yang DSAI cadangkan. Mesti rakyat setuju punya dengan BN. Dalam tempoh setiap 3 bulan, satu kenaikan harga mungkin dalam nilai RM0.30, sehingga satu harga yang paling optimum. Dan ini membolehkan rakyat membuat 'adjustment' dan persediaan secara sistematik, begitu juga dengan kerajaan. Tak perlu ramai sangat pakar ekonomi untuk selesaikan masalah sebegini, hanya hati dan pemikiran yang tebuka sahaja yang boleh selesaikan masalah ini.



Kepada semua pemimpin kerajaan, selamilah setiap hati dari 27 juta rakyat Malaysia ini. Pemilihan UMNO akan bermula esok. So jangan lupalah calonkan saya jadi AJK pemuda bahagian ye. Bagi yang nak jadi Ketua Pemuda Bahagian dan Naib Ketua Pemuda tu, berkempenlah dengan berhemah, janganlah hanya kerana untuk memenangi kerusi, kita hilang Profesionalisme. Nak jadi pemimpin bukan mudah, bukan kena jawab kat pengundi sahaja, esok kat alam kubur kena jawab, kat akhirat yang kekal abadi pun kena jawab. Serta ingatlah, jika kita berjaya maknanya Allah memberi rezeki kepada kita, dan yang tak berjaya itu maknanya Allah belum memperkenankan rezeki kita lagi. Wassalam

Tuesday, July 08, 2008

Temerloh Bukan Suka Lompat

Keaman dan kesejahteraan Bandar Temerloh masih lagu kita semua hargai. Bandar Ikan Patin kini telah menunjukkan perubahan dari segi pembangunan. Ahli perlimen baru kini telah membawa beberapa perubahan yang bermakna. Dato’ Saifuddin Abdullah, bukanlah nama lama untuk orang Temerloh, namun bagi orang UMNO Temerloh, nama-nama seperti Datuk Sarit, Dato’ Saifuddin, Dato’ Shakar adalah nama yang biasa didengar. Sebelum persempadanan semula parlimen 2004 dulu, Temerloh ini mempunyai ramai ahli-ahli politik. Yang pasti sekarang orang Temerloh sudah ada ramai ahli politik yang berjaya. Dato’ Ismail Sabri misalnya, kini telah menjadi menteri belia dan sukan.

Menyentuh isu LOMPAT, untuk makluman semua, temerloh menang ada nama KAMPUNG LOMPAT. Tetapi orang kampung ni tak la mudah amat bertukar pendirian ataupun melahirkan jaguh-jaguh sukan lompat tinggi, lompat bergalah mahupun lompat pagar. Namanya je lompat.

Terdetik pihak PKR telah menyatakan bahawa 4 anggota BN sedang bersedia untuk lompat parti dan menyertai PKR. Melalui laman blog yang beralamat http://greenboc.blogspot.com/ , ditulis bahawa 2 orang yang pada koi adalah dua jiran yang cukup dikenali keUMNOan nya. Pernyataan ini membuatkan koi teruja untuk mengetahui secara sahih dan benar. Maka kebetulan Dato’ Saifuddin memanggil pemimpin-pemimpin cawangan, pemuda, wanita dan puteri UMNO Temerloh untuk mendengar sendiri penjelasan beliau. Dato' Shakar pun ada jugek datang.

(Gambar ni koi amik dari tempat duduk koi le)


Dalam penerangan tersebut, telah dinyatakan bahawa beliau beberapa perkara yang belum pernah kita dengar tentang DSAI. Sebenarnya koi lama dah mengkaji tentang DSAI itu. Ada sedikit persamaan dalam apa yang koi fikirkan selama ini dengan cerita Dato Saifuddin tentang DSAI. Sebelum itu Dato’ Saifuddin telah menyatakan bahawa beliau tidak sama sekali akan lompat mahupun menyertai PKR.
“ Saya tak pernah terfikirpun untuk berbuat demikian, saya adalah Ahli Seumur Hidup, dan saya akan setia selama-lamanya dengan UMNO dan Barisan Nasional” itulah kata yang keluar sendiri dari mulut Dato’ Saifuddin. Maka tidak timbullah lagi soalan bahawa beliau akan masuk PKR.

Oleh itu, bagi orang Temerloh yang berharap agar Dato’ Saifuddin akan masuk PKR, lupakanlah angan-angan itu, dan bagi orang yang tidak mahu beliau masuk PKR bersyukurlah dan percayalah kepada dia.

Kita orang Temerloh ni amat bertuah, bertuah kerana ramai pemimpin besar Negara datang dari Temerloh. Tan Sri Yahya, Tan Sri Hamzah, Tan Sri Saba, Datuk Siti Zaharah, Datuk Sarit, ramai lagilah untuk disebut, oleh itu sebaiknya kita jaga jelah Temerloh ini sebaiknya.

Wassalam

Wednesday, July 02, 2008

Anwar oh Anwar







Siapakah Anwar Ibrahim ni sebenarnya? Kalau tanya saya, saya tak kenal siapa dia ni. Tapi saban hari dia terus memperakukan dirinya bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia. Tak lama lagi katanya. Tapi sekarang ada pertuduhan baru keatasnya. Pertuduhan liwat.



Ramailah konco-konconya yang sanggup menggadaikan nyawanya untuk mempertahankan bahawa DSAI ini adalah tidak bersalah langsung. Tak buat perkara-perkara jahat. Termasuklah abang angkat beliau...amerika syarikat.






Ramai yang menyokong beliau pada masa ini tidak pernah mengalami kesusahan pada tahun 1998. Golongan muda yang berumur bawah 30 tahun. Menyokong bahawa DSAI lah yang patut menjadi perdana menteri mereka, kerana pada waktu mereka bersekolah dulu, DSAI adalah menteri pelajaran mereka. Jadi cukup rapat golongan muda ini dengan KBSR dan KBSM. Maka pada mereka DSAI ini adalah pemimpin yang cukup baik, mungkin ada yang berpendapat DSAI maksum kot.



Tetapi pada pendapat saya DSAI adalah seorang ahli politik yang telah gagal. Sejak tahun 1998 lagi beliau telah gagal. Kini beliau masih lagi seorang yang gagal.



Kenapa dianggap gagal?



Kes 1998

Pada waktu itu, DSAI adalah Timbalan Perdana Menteri Malaysia serta Timbalan Presiden UMNO dan barisan nasional. Pengikut beliau cukup ramai, semua orang setuju jika beliau menggantikan Dr Mahathir sebagai PM. Bak kata orang, tak siapa pun yang membantah kalau Dr Mahathir melantik beliau sebagai PM bila Dr Mahathir meninggalkan kerusi PM.



Tapi atas sifat yang sangat berkehendak menjadi PM, sifat ramai pemimpin melayu dulu dan kini, sifat hilang kawalan telah memusnahkan kariernya.




Desakan pengikut yang terlalu inginkan pemimpin mereka menjadi PM telah menjadikan DSAI dilihat seperti menjadi PM sebelum dilantik menjadi PM. Padahal 10 tahun dahulu jika beliau bersabar dan menjalankan tugas dengan baik, nescaya paklah takkan jadi PM hari ini.




Kes 2008




Saya melihat kebangkitan beliau ketika ini hanyalah satu perkara yang merosakkan melayu dan malaysia. DSAI memang pandai dari sudut oratornya, boleh mempengaruhi siapa yang mendengar kata-katanya, maka ramailah pengikutnya kini. Tetapi perkara yang sama saya jangkakan, kelamahan kawalan ini akan menjatuhkan beliau kembali. Terlalu ramai kumpulan pendesak yang bersuara lantang berada di belakang DSAI. Yang mereka mahukan adalah DSAI menjadi PM.




Tetapi untuk apa? Terjaminkah jika DSAI menjadi PM kita akan hidup dengan leabih selesa? Cekapkah beliau menangani krisis ekonomi negara? Cukuplah dengan peristiwa 1998 apabila beliau mencadangkan kita pinjam dengan IMF, itupun dengan bantuan abang angkat beliau - USA. Mungkin ramai orang-orang muda yang menajdi pengikut beliau kini tak merasakan pahitnya menghadapi masalah ekonomi 1998. Kalau kita mengharapkan DSAI pada waktu itu tolong selesaikan masalah itu, nescaya muflis Malaysia ni dah.




Orang yang macam ni yang nak diangkat menjadi PM? Beliau ingin menjadi PM hanya untuk membuktikan bahawa beliau tidak bersalah dan supaya dapat membuka fail-fail lama dan mengenakan orang-orang yang katanya telah mengenakan beliau. Bukanlah niat sebenar beliau untuk menjaga kepentingan rakyat Malaysia. Kita perlukan pemimpin yang mengetepikan kepentingan peribadi untuk kesejahteraan rakyat. Bukan pemimpin yang nak balas dendam.







Persamaan paklah dan anwar




Kedua-duanya yakin bahawa parti yang mereka pimpin kukuh. Paklah cakap rakyat menyokong padu pimpinan beliau, anwar cakap rakyat memberi sokongan padu kepada pimpinan dan bersedia untuk mengambil alih kerajaan pusat. Sama je keduanya ini. Cuma bezanya, paklah at least dah duduk kat post PM, anwar pernah memangku PM je waktu Tun Mahathir cuti dulu je...




Kesimpulan




Sudah-sudahlah kita berperang dan berpecah, yang sibuk berlawannya dua tiga orang kat atas je, yang makin susah makin ramai, yang berpecah makin ramai, yang tak terbelanya melayu jugak.




Dalam istilah broker saham, kita panggil 'cut lost'. So kita buang je yang bersengketa tu, kita cari pemimpin baru yang lebih genuine sifatnya. Memang susah tapi pasti ada, baik dari peringkat kampung, dun, parlimen mahupun perdana menteri. yang bikin kecoh ni kita cut lost je senang.




Wasallam.