Tuesday, June 24, 2008

Undi Percaya

Well.... malaysian politics again....
Dulu tahun 2004, kita pakat undi ramai-ramai, kita undi sebab kita percaya bahawa PM baru akan membawa perubahan positif kepada negara. PRU12 kita lihat undi tak berapa percaya pada PM yang ada sekarang. Tuk tuk SAPP cakap nak usul undi tak percaya pada PM.
Tadi PakLah kata kita masih dapat sokongan KUKUH. Hehe rasa kelakar pun ada, kesian pun ada.

Setahu saya yang tidak berapa pandai ni, mana saja saya pergi, semua memberi pandangan sebaliknya. Atau mungkin jumlah yang saya temui tidak seramai yang kaki-kaki paklah jumpa untuk survey. Mungkin 'sampling method' saya yang belajar statistik ini tidak sehebat mata-mata paklah buat survey. Mesti diorang dulu dapat A+ dalam subjek QMT 272 (Theory of statistics for engineers and scientist- waktu saya belajar statistik dulu kat ITM subjek paling susah).

Pernah jugak saya berbual kosong dengan kawan baik saya di Putrajaya (tingkat bawah la, bukan tingkat 4), adakah kita sudah kembali kepada sistem kerajaan melayu lama dulu? Terdapat golongan bangsawan dan rakyat bawahan. Rakyat harus menurut segala yang ditetapkan oleh golongan bangsawan. Kalau tak mampu hidup sebagai kelas bangsawan, jadilah rakyat bawahan. Golongan pemimpin, saudagar, pegawai kanan kerajaan adalah kumpulan bangsawan. Petani, nelayan, kerani, pekerja kilang adalah rakyat bawahan. Mungkin ada benarnya situasi ini.

Tetapi senario sekarang agak berbeza. Golongan pertengahan adalah golongan paling ramai di negara ini. Ada berapa ramaikan golongan yang berstatus miskin di negara ini? Saya amat yakin jawabnya tidak ramai. Tetapi berapa ramaikah yang mendapat status miskin setelah inflasi berlaku? Terlalu ramai... Golongan pertengahan semakin terhimpit dan boleh jatuh jadi kumpulan miskin. Inilah sebenarnya rakyat bawahan. Terpaksa mengikut telunjuk golongan bangsaWan ini.

Apabila harga minyak meningkat, adakah kita semakin kurang golongan bangsawan beli Posche Cayenne? Makin bertambah adala... Tetapi kita boleh tengok semakin banyak kereta kena tarik dari golongan bawahan. Semakin terpisahlah jurang antara dua golongan melayu kuno ini pada zaman moden.

Inilah hakikat yang perlu diatasi oleh pemimpin-pemimpin masa kini. Rakyat perlu dibebankan dengan kenaikan harga minyak, kerana kerajaan tidak mahu susah untuk rakyat. Tetapi rakyat perlu susah untuk kerajaan. Barulah kita boleh laungkan `jangan kau tanya apakah sumbangan negara kepada engkau, tetapi tanyakanlah apakah sumbangan engkau kepada negara'.

Semoga allah merahmati Tanah Melayu ini dari kehancuran oleh 'flip-flop'.

1 comment:

mek la said...

hi AAJ...koi kesian gak tgk pak lelah tp tulah apa boleh koi buat..nk berjimat pun dah tak ade apa nk dijimatkan lg..koi lg kesian kat diri koi..mmg benar golongan bangsawan yg beli porsche cayenne makin ramai..masa koi keje dgn porsche owners club utk personal insurances diorg..clients koi pembeli porsche di malaysia ni melayu la yg teramai..surprisingly ada yg beli cash. dan yg paling mahal porsche ada kat malysia ni berharga RM1.3juta (masa tu la).skrg apatah lagi..gap semakin besar..tp koi tak jumpa lg statistic yg menunjukknnya jadi cannot talk without fact.