Wednesday, November 10, 2010

Hub Pendidikan


Koi suka sangat tengok pembangunan Temerloh. Namun begitu kadar pertumbuhan pembangunan di daerah kita ni lebih didominasi oleh bukan Melayu. Kedai makan memanglah ramai yang melayu punya, tetapi perniagaan-perniagaan lain. Kedai aksesori kereta, kedai telefon dan pelbagai kedai lainlah. Koi tidak menafikan tentang hak-hak bangsa lain, tetapi melalui pemerhatian koi yang cetek ni, jumlah ekuiti bumiputera di Temerloh pastinya jauh dari 30%. Pastinya pekerja Melayu itu lebih ramai dari kaum lain, tetapi pegangan dalam perniagaan itu amat rendah.
Oleh itu koi melihat ada beberapa ruang yang boleh dimanfaatkan oleh orang yang melayu yang bermodal besar. Koi terlihat satu kawasan di Terengganu, Gong Badak. Pembangunan yang agresif dapat dilihat bila wujud banyak pusat pendidikan dibuka di sesuatu kawasan. Lajuran dari kawasan industri Temerloh yang membawa kedua-dua hala kearah bandar temerloh dan mentakab dilihat amat menarik jika dibangunkan.
Tak perlu tunggu kerajaan pusat atau universiti-universiti tempatan membuka cawangan, banyak kolej swasta yang boleh dibawa masuk. Kolej Teknologi Timur misalnya, kalaupun tidak, UMNO bahagian sendiri boleh membuka kolej sendiri. Contoh yang jelas saya lihat adalah di Alor Gajah Melaka, Datuk Wira Abu Seman telah membuka Kolej Yayasan Alor Gajah. Kolej yang boleh menempatkan lebih 500 pelajar yang menawarkan kursus-kursus yang di franchise dari UiTM, UTM dan universiti-universiti lain. Yang kena 'market' tempat-tempat ini seharusnya MPT atau pentadbir daerah Temerloh ataupun Kerajaan negeri Pahang.

Tak perlu tunggu Universiti Malaya buka cawangan kat temerloh ni, banyak kolej universiti yang ada kat Malaysia ni yang perlukan tempat-tempat untuk dibuka cawangan. Kerajaan tempatan perlulah sediakan fasiliti untuk mereka ini membuka cawangan. Penduduk tempatan boleh menikmati banyak manfaat dari projek-projek sebegini, banyak rumah sewa boleh ditawarkan, bas akan mempunyai ramai penumpang. Banyak cyber cafe boleh dibuka, perniagaan-perniagaan kecil-kecilan juga akan tumbuh bersama kepesatan suasana pembelajaran. Pastinya jika pelajar ini ingin membeli barang keperluan atau berhujung minggu mereka akan ke pusat bandar Temerloh ataupun paling tidak ke pekan sari.

Banyak lagi rasanya benda yang boleh dibangunkan di Temerloh ni, kalau tidak takde la orang Temerloh boleh pakai kereta mewah, Camry plat no 95 tu misalnya, banyok peluang perniagaan yang dia buat.

Hope to see more good things happen di Temerloh.

Salam.



Friday, September 17, 2010

HARI RAYA AIDILFITRI 2010 & HARI MALAYSIA

Hari raya aidifitri 2010 masih baru , diselang-selikan dengan sambutan hari Malaysia. Mungkin pada saya yang besar perayaannya adalah sambutan Aidilfitri kerana sifatnya yang fitrah untuk semua umat islam. Tambahan pula dirasakan lagi masih baru tamat pengajian di Darul Ramadhan selama 29 hari. Alahamdulillah sempurna dijalanakan ibadah puasa serta disambut dengan Aidilfitri.

Secara jujurnya, saya tidaklah kesah sangat tentang hari Malaysia, mungkin kerana baru kali pertama menyambutnya secara besar. Apapun hari Malaysia memang sewajarnya disambut, kerana tanggal 16 September 1963 adalah tarikh terbentuknya Malaysia. Jika dibandingkan dengan 31 Ogos 1957, 16 september 1963 adalah satu transformasi negara yang besar. Sementara Merdeka pula adalah kebebasan Semenanjung Tanah Melayu dari penajajahan British. Dua perkara yang penting tetapi dalam situasi yang berbeza. Mungkin boleh saya katakan bahawa Malaysia merdeka pada 1963, dan Tanah Melayu atau Malaya merdeka pada 1957.

Besar maknanya perbezaan ini, pada 1957 Malaya merdeka dengan nama Persekutuan Tanah Melayu. Pada tahun 1963 Persekutuan Tanah Melayu telah mengorbankan nama Tanah Melayu kepada Malaysia yang mana SIA yang dihujung itu menandakan bahawa negara ini adalah sebahagian dari benua ASIA, tambahan pula berjiranan pula dengan Indonesia.

Saya munkin tidak lahir pada tahun-tahun tersebut, tetapi melalui cerita-cerita yang saya dengar dari Arwah Abah saya, dari ibu saya, perih pedihnya untuk menjalani kehidupan sebelum merdeka dapat dirasai. Mungkin anak-anak muda sebaya saya yang lahir dan duduk di kota tak pernah merasai kehidupan dan kesusahan di Kampung. Mungkin dengar cerita pun tak pernah. Sebab itulah mereka tidak ambil kesah tentang masyarakat desa. Namun begitu diangkat juga anak-anak kota ini menjadi pemimpin besar muda oleh orang umno. Saya masih teringat kata-kata pemimpin muda yang menyatakan bahawa beliau tidak terbeban dengan kehidupan sebelum merdeka kerana beliau belum lahir pun sewaktu sebelum merdeka dulu. Inilah kata-kata pemimpin muda melayu yang liberal pemikirannya.

Bila dingat kembali, sewaktu saya bersekolah darjah 3 iaitu pada tahun 1983, seluruh penduduk kampung heboh dan sibuk cari duit untuk dapatkan bekalan asas dan utama. Semua rumah dipasangkan dengan Eeletrik dan Air, satu transformasi negara yang cukup hebat. Pemula segala yang ada kini, dari rakyat yang tak pernah tengok TV atau adapun yang tengok TV hitam-putih berkuasakan bateri, kini sudah tv flat screen. Dari anak-anak sekolah yang hingusan, kini dah menjadi pegawai-pegawai besar atau ahli perniagaan berjaya, tidakpun sudah memiliki ladang getah sendiri. Dan hasilnya kini kerana sudah bijak dan pandai berkata-kata, maka sudah ada yang mempersoalkan hak-hak mereka, serta sudah pandai meminta hak orang lain dan meminta supaya hak semua diseratakan. Lebih hebat lagi, yang selama ini menikmati arus pemodenan dengan hasil subsidi kerajaan, dek kerana dah belajar pandai, sudah mula menyoalkan tentang kerajaan pulak seta ingin tukar kerajaan pulak. Apapun itulah hakikat kehidupan, yang dididik akan pandai, yang berusaha akan maju, yang ditolong akan mempersoal.

Hari ini MALAYsia sudah mencapai negara membangun dengan pelbagai tatarias pada lanskap mukabumi dan suasana politik. Begitu juga saya, Alhamdulillah, sehingga keperingkat ini pengajian saya di universiti tidak dibebankan dengan pinjaman, allah memberikan biasiswa kepada saya melalui Kerajaan Malaysia dengan laluan dari KBS dan Universiti Malaya. Syukur kerana diberikan rezeki dilahirkan di MALAYsia, dibesarkan disini, menetap disini, berkerja, berniaga di bumi yang makmur bernama MALAYsia. Sepanjang bulan ramadhan kita kini boleh memenuhi masjid-masjid yang indah dan besar, tanpa gangguan, semuanya kerana rahmatNya kepada bumi Malaysia. Sambutan hari raya amat meriah, dan pada masa yang sama tahun ini kita menyambut Hari Malaysia. Semoga Allah terus mencurahkan rahmatNya kepada negaraku MALAYSIA.

Wassalam




Friday, September 03, 2010

Saloma - Selamat Hari Raya (FULL SONG)

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 2010

Alhamdulillah, tahun ini Allah menemukan kembali kita dengan ramadhan. Insyallah jika dimurahkan rezeki oleh Allah kita akan bertemu dengan ramadhan lagi tahun hadapan.

Di penghujung ramadhan ini, eloklah kita muhasabah diri. Terasa agak terlopang terawih saya tahun ini. Sedih kerana terlalu leka dengan duniawi.

Insaf dengan segala dosa-dosa yang lalu. Semoga Allah memberi pengampunan kepada saya dan semua umat islam yang memohon pengampunan dariNya di bualn ramadhan ini.

Semoga Allah memberikan kita rahmatNya. Semoga Allah mengurniakan SyurgaNya kepada kita. Allahualam.

Terdetik rasa kagum dengan seseorang, bila pertama kali berbuka puasa di Sri Perdana. Dapat dilihat Allah telah memberikan kelapangan masa kepada beliau untuk Solat Maghrib berjemaah sehingga Solat Isyak dan selesai Solat Terawih. Melalui pemerhatian, selama 30 hari berpuasa, beliau dapat memenuhi Malam Ramadhan dengan solat wajib dan sunat. Alhamdulillah...

Untuk semua, semoga perjalan pulang ke kampung berhari raya bersama keluarga akan selamat. Begitu juga dengan perjalan pulang selepas hari raya. Semoga selamat semuanya.

Saya bersama keluarga mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Wassalam...