Friday, April 18, 2008

Kenali YB Kawasan Kita

Pilihanraya dah abih, YB dah dipilih. Mereka harus menjalankan tugas mereka dengan amanah dan baik. Carilah mereka untuk kemajuan Temerloh kita.

YB. Dato' Saiffuddin Abdullah

AHLI Parlimen Temerloh

Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

SMS 019 9397 088



YB. Dato' Haji Mohd Sharkar bin Haji Shamsudin

ADUN Lanchang - Exco Penerangan, Sains Teknologi dan Inovasi



YB. Encik Chuah Boon Seong, SMP., AMP., PKC.

ADUN Mentakab
- Jika anda berada di kawasan Bangau, boleh bertemu YB Chua pada setiap hari Jumaat pada jam 3-5 petang di Balai Penghulu Mukim Bangau


YB. Tuan Syed Hamid bin Syed Mohamed

ADUN Kuala Semantan

- Jika ingin berjumpa beliau, sila datang solat subuh berjemaah di Masjid Nurul Iman Kg Sungai Gau, Temerloh

Maka kita rakyat Temerloh, ayuhlah bersatu membangunkan bandar temerloh yang terkenal dengan iakan patin mahal itu....salam...






Friday, April 11, 2008

Adakah masih siknifikan UMNO di kampung kite?


semakin hari, semakin banyak berita keluar dalam akhbar, dalam tv, dalam internet tentang umno. seolah-olah di dalam barisan nasional ada lebih dari 14 parti komponen. kalau mengikut kiraan koi, rasanya dah mencapai 24 parti komponen dalam BN. Tak taulah macam mana pengiraan yang baik, adakah semakin kecil bilangan parti komponen, semakin baik atau sebaliknya. Kalau dalam umno saja dah ada 10 komponen iaitu 10 pasukan atau dalam bahasa mudahnya 10 kapal, maka tidak salahlah bahawa BN dah ada 24 parti komponen.

pemilihan umno tak lama dah ni, pemilihan PAS mesti tak ada kecoh-kecoh cam gini ek. Entahlah.... UMNO adalah parti orang melayu, PAS adalah parti orang Islam..... KeADILan adalah parti untuk mereka yang menegakkan keadilan (katanya...), yang pastinya koi orang Islam yang sangat sayangkan bangsa melayu. Kat dalam dunia ini tak ada satu negarapun yang bernama melayu. Yang ada malaysia, kalau kita dah tak ada hak nak duduk kat sini, kat mana kita nak balik ek... kalau orang cina.. boleh balik cina, orang india boleh balik india atau sri lanka, orang bangla boleh balik bangladesh, orang indon dah tentu balik indon. Kita MELAYU?


Renung-renungkan....

Monday, April 07, 2008

Doa, Usaha, Ikhtiar, dan Tawakkal. Adalah empat perkataan yang menunjukkan bahawa kita harus melalui semua itu tanpa perlu terburu-buru. Seandainya kita terburu waktu untuk mencapai kejayaan, belum tentu D.U.I.T dapat menunaikan segala-galanya....

TEMERLOH KINI...

Assalamualaikum wrbth...

Kini secara politiknya temerloh adalah terdiri dari Ahli Parlimen Barisan Nasional, Adun Lanchang Barisan Nasional, Adun Mentakab Barisan Nasional, Adun Kuala Semantan Pas. Tahniah kepada rakyat temerloh yang telah membuat pilihan dalam pilihanraya 2008 yang lalu. Tujuan koi buka blog ni bukannya apa, sekadar ingin mencari anak-anak temerloh yang berada di perantauan untuk berkongsi cerita terkini tentang kampung halaman kita yang berada tak jauh dari kota (tapi susoh ngat nok balik)... kalau balik pun raya esok.... Mengkekan itu koi menyeru rodong-rodong dari temerloh untuk join koi... Terima Kasih. Salam....