Thursday, May 22, 2008

Politik UMNO Orang Temerloh

Dari kejauhan kampung halaman TEMERLOH terdengar desas-desus bahawa UMNO bahagian temerloh pun terkena tempias perebutan jawatan. Banyak kerusi yang nak direbut. Yang Pemuda, dengan ceritanya sendiri. Ada yang bawak kengkawan pegi jalan-jalan la, yang belanja makan pun ada, yang kenduri kawin ada, kenduri kesyukuran ada, macam-macam ada....

Ketua Pemuda bahagian mungkin ramai yang nak duduk, Timbalan Ketua pun ada juga yang nak masuk, AJK lagi la ramai. Sampai ke cawangan pun ada yang nak rebut.

UMNO bahagian melihat kerusi kosong yang ditinggalkan oleh Datuk Sarit. Timbalan Ketua pun mungkin kosong, maka Naib Ketua pun kosong lah juga. AJK pun beratur yang nak masuk, yang dulu Pemuda dah bleh ngintai-ngintai ke bahagian. Itulah meriahnya UMNO Temerloh.

Kalau di TEMERLOH dah meriah, sudah tentu perhimpunan agong lebih berwarna-warni....

Apa pun keputusan yang dibuat, kerusi apa pun yang direbut, yang berebut, yang bertikam, yang bergasak tetap kerusi UMNO. Kerusi milik orang melayu. Negeri tanah melayu yang dikongsi bersama bangsa-bangsa lain. Demi menjaga kepentingan Melayu wujudlah UMNO. Bukan semua orang melayu masuk UMNO. Maka semakin kecillah kumpulan melayu ini.

Orang Temerloh pun begitu juga, ada tiga parti yang orang Melayu sertai, UMNO, PAS dan PKR. Maka secara zahirnya ada 4 puak melayu di Temerloh, 3 yang berparti, 1 yang tak kisah pasal parti apapun. Alhamdulillah setakat hari ini orang temerloh masih matang berpolitik. Tak gaduh sampai tak boleh sembahyang Jumaat bersama.

Namun begitu apa yang menjadi persoalan saya hanyalah, sejauh manakah orang-orang umno sendiri matang berpolitik. Perebutan kerusi menyebabkan ada yang tak bertegur sapa, ada yang tak nak bersalaman. Bawak kumpulan yang kalah pergi tukar keahlian tempat lain. Macam-macam lagi lah.

Pada saya, kalau nak berpolitik secara "gentlemen", rebutlah kerusi secara bijaksana. Kalau menang, tunaikan amanah dengan baik, kalau kalah, jangan tikam belakang. Terus berpolitik secara berhemah, nescaya orang-orang Temerloh akan bijak menilai. Ada rezeki, lain tahun orang pilih.

Wasallam.

1 comment:

Unknown said...

Salam,

Koi sekali sekala ada menjenguk ke mari untuk membaca apa lagi cerita-cerita mengenai temerloh. Melalui pengamatan, koi mengagak, sdra aaj dr dun semantan. Apa citer org semantan? Koi kira kalau sdra bercerita ttg senario di semantan dlm blog ni tentu menarik memandangkan sbgai perantau yg cintakan kg halaman, temerlohkoi ni boleh kita rancakkan lagi..

Dh lama x balik kg??

Apa citer terbaru temerloh??