Friday, November 21, 2008

Corat-coret

Komen Abang MAAJA kepada koi dalam tajuk "Populor atau Tanggungjawab".

1. "Pada koi, orang temerloh inginkan pemimpin yang sentiasa ada di Temerloh. Tetapi harus diingat, bahawa dengan perlantikan ini, Megat akan mepunyai waktu yang terhad di Temerloh. bukan kerana lari dari tanggungjawab, tetapi kerana tanggungjawab inilah beliau terpaksa kesana dan sini untuk berkhidmat kepada masyarakat Temerloh."
Koi rasa koi telah melakukan kesilapan kerana tidak menerangkan dengan jelas apa yang koi tulis. Pada koi, Megat adalah pemimpin yang baik, tahap kesibukan beliau mungkin lebih daripada biasa. Oleh itu koi tulis "tetapi kerana tanggungjawab inilah beliau terpaksa kesana dan sini untuk berkhidmat kepada masyarakat Temerloh." Dengan tugas hakiki beliau, dengan tugas sebagai KP, koi percaya beliau memang mampu menysusun masa yang baik. Kerana walaupun dipilih oleh perwakilan, ketentuan Allah untuk mengangkat beliau menjadi pemimpin bukanlah hak kita. Semakin tinggi tahap pemimpin itu, semakin sibuklah beliau. Tambahan pula dalam arus politik semasa ini, Pemuda UMNO perlu lebih dinamik dan bekerja lebih kuat.



2. salam bro.

kawan nak ingatkan sikit je..
tahniah kerana terpilih tapi jangan over sangat. setakat ketua dan ajk pemuda bahagian tu apalah sangat..
belum lagi yb, jadi tak banyak benda boleh buat.
Ada sesetengah YB pun tak boleh buat apa-apa pun..

Tapi walaubagaimanapun, kwn sokong awk semua

Dalam kes ni, koi terima saranan abang koi ni, " jangan over sangat" hehehe. Pada koi, ini bukan over, kita ada agenda yang besar sebenarnya. Memulihkan parti adalah agendanya, maka koi rasa dah tiba masanya kita PEMUDA untuk bangun dan bersama bertindak. Tanpa mengira tahap pemimpin, jangan harapkan YB je yang bekerja untuk mengubah keadaan. Kita harus bersama bertindak, pulihkan motivasi diri kita dulu. Bersama kita gerakkan dari peringkat bahagian. Bila kita sesama kita bersatu, nescaya kita boleh memulihkan keadaan.
Blogger

3. Siapa kata MEGAT tak popular di Temerloh? Orang kampung kenal ke RH yg dikatakan paling menonjol?

Megat tak popular! Itulah pendapat koi. Tetapi sifat kepimpinan yang memang terzahir sewaktu beliau menjalankan tugas sebagai setiausaha pemuda bahagian membuktikan bahawa beliau layak untuk menjadi pemimpin. Tidak perlu populariti, tetapi keupayaan menjalankan tanggungjawab telah membuktikan bahawa Megatlah yang layak menjadi KP.

RH memang paling menonjol! Tetapi harus diingat, menonjol tidak semestinya popular. Menonjol boleh dilihat dalam bentuk fizikal, personaliti dan ekonomi serta banyak lagi. Menonjol bukanlah satu-satunya faktor untuk menjadi pemimpin. Banyak faktor yang membolehkan seorang pemimpin dipilih.

MEGAT menepati 'equalibirium level' untuk dipilih menjadi pemimpin pada masa ini. Oleh itu koi merumuskan bahawa MEGAT adalah pemimpin pada waktu ini. Sebagai seorang Islam, koi mentaati dan menyokong pemimpin koi. No DOUBT about that.
Wassalam.

Thursday, November 20, 2008

Adakah kita ingin membina negara yang baru?

Semakin hari, semakin banyak benda yang dipersoalkan tentang orang Melayu. Semakin banyak dasar dan polisi kebangsaan dipersoalkan. Bangsa lain sudah berani mempersoalkan hak-hak orang melayu dan ada juga yang mempersoalkan tentang Islam secara terbuka. Bukan sahaja persoalan dari bukan Melayu, malahan ada puak dari bangsa Melayu yang mula goyah kepercayaan dan jatidiri terhadap bangsa Melayu sendiri. Fatwa untuk orang Islam pun dipersoalkan oleh agama lain.

Koi tidak menyalahkan mereka. Tetapi sejauh manakah Melayunya kita, dan Islamnya kita ini? Koi ingin berkongsi apa yang koi tahu tentang Melayu. Mengikut pentakrifan undang-undang:

Artikel 160

"Article 160 mendefinisikan bentuk perkataan pelbagai yang digunakan di dalam perlembagaan. Ia memberikan impak penting pada Islam di Malaysia dan orang Melayu disebabkan definisi seorang Melayu pada klause 2."


Penakrifan undang-undang

"Di negara Malaysia , orang Melayu didefinisikan menurut perlembagaan dalam pekara 160(2). Menurut perkara ini, orang Melayu ditakrifkan sebagai:

Seorang yang beragama Islam, Bertutur Bahasa Melayu, Mengamalkan adat istiadat Melayu, Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.

Takrifan undang-undang ini adalah ditetapkan demi keperluan politik di negara Malaysia. Maka dengan itu, ia adalah tidak menepati hakikat di mana sebenarnya terdapat juga orang Melayu yang bermastautin di luar Persekutuan Malaysia.Contohnya di selatan Thailand terdapat juga kelompok manusia yang bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan budaya orang Melayu."

Oleh yang demikan, koi rasa sebagai orang Melayu, kita harus memahami apa yang dimaktubkan dalam undang-undang tubuh kerajaan Malaysia ini. Yang koi manpak pertama-tama sekali seorang Melayu adalah seorang Islam. Jadi seandainya seorang yang tidak Islam akan hilang haknya sebagai Melayu.

Sejauh manakah kita orang Melayu mengamalkan Islam? Koi tertarik kepada artikel yang ditulis oleh Abu Bakar Yang (Fellow IKIM). Beliau mengambil contoh beberapa negara yang mengelar diri mereka moden. Adakah ingin menjadi "Turki Moden"? "Turki adalah contoh kegagalan suatu bangsa untuk maju, kuat dan makmur dengan memutuskan dirinya dengan memutuskan dirinya dari agama dan akar budaya tradisinya lalu memilih sekularisasi dan pembaratan. Hasilnya Turki tidak diterima baik oleh negara Islam malah tersisih dari Barat". Sebaliknya beliau meletakkan Jepun dan Taiwan yang muncul sebagai raksasa industri tanpa mencabut dirinya dari akar budaya tradisi mereka.

Jadi pada koi, kita orang Melayu harus memperkukuhkan diri kita dengan Islam dan memartabatkan Melayu itu sendiri. Tidak perlu goyah bila dipersoalkan tentang hak-hak kita. Kita harus berilmu dan memperkasakan segala sudut kehidupan baik dari segi ekonomi mahupun social. Tidak ada bangsa lain boleh mengganggu-gugat keamanan dan kemakmuran Malaysia seandainya kita Melayu kuat, berilmu dan bersatu.

Artikel 153 dan Artikel 11 dengan jelas menyatakan tentang hak melayu dan Islam, tetapi masih ada yang bernai mempersoalkannya sedangkan mereka bersetia kepada Rukunegara untuk menjadi warnganegara Malaysia.

Artikel 153

“Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia.”

Artikel 11

“Artikel 11 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam merupakan Agama rasmi Persekutuan. Sungguh pun begitu setiap orang berhak mempraktikkan agamanya sendiri.

Status kebebasan agama di Malaysia merupakan satu isu kontroversi. Islam merupakan agama rasmi dan Perlembagaan Malaysia meletakkan sekatan terhadap kebebasan beragama, paling ketara penyebaran agama selain Islam kepada Muslim. Bagaimanapun, persoalan sama ada Malaysia merupakan negara Islam atau sekular masih belum berjawab.

Perkara 11 dalam Perlembagaan Negara memperutukkan kebebasan beragama kepada rakyat Malaysia. Antara penekanan yang terdapat dalam peruntukan ini ialah:

  1. Walaupun agama Islam adalah agama rasmi negara ini, rakyat tetap bebas menganut agama-agama lain.
  2. Seseorang tidak boleh menyekat orang lain daripada menjalankan aktiviti keagamaan.
  3. Penganut setiap agama diberikan kebebasan untuk meraikan upacara keagamaan masing-masing.
  4. Hari sambutan upacara keagamaan bagi agama-agama utama merupakan cuti am. “

Apa yang berlaku akhir-akhir ini seolah-olah kita ingin membina sebuah negara baru, dimana kita baru ingin menggubal dasar negara. Rakyat yang duduk dalam negara ini ingin turut sama menggubal undang-undang mengikut kehendak dan keperluan diri masing-masing. Dah lebih 50 tahun kita siap menggubal perlembagaan negara, yang perlu kita lakukan adalah terus hidup didalamnya, memajukannya, menikmati hasilnya dan makmur bersama. Ke gone rodong-rodong?

Wassalam


Thursday, November 13, 2008

Politik Wang UMNO di Temerloh


Sejahtera keatas semua....

Setelah selesai semua peringkat UMNO bahagian Temerloh ahad lepas, ada suara-suara sahabat yang berbunyi tentang politik wang. "Rumah dah siap, pahat masih berbunyi". Fenomena dimana ada yang menyatakan bahawa politik wang telah mengubah keputusan pemilihan perwakilan. Apalah yang sebenarnya berlaku? Koi pun tak tahu sangat.

Tetapi koi tahu ada bermacam senario sewaktu proses pemilihan dan kempen. Proses ni berlaku dari dua hala, "top to bottom" dan "bottom to top".

1. Top to bottom
Ada dikalangan pemimpin atasan UMNO Temerloh sendiri mempunyai pilihan kepimpinan mereka sendiri. Didalam Pemuda misalnya, ada calon-calon KP yang tidak disokong oleh pihak atasan bahagian. Maka berlakulah proses cantas-mencantas dan bom-mengebom. Mungkin koi tidak dapat memberikan bukti yang jelas, tapi cakap-cakap ada lantas ke telinga koi sendiri.

2. Bottom to top
Perubahan yang perwakilan mahukan adalah jelas bila ramai yang memilih untuk menerima calon-calon yang benar layak dan disukai oleh pihak akar umbi, bukan pilihan pihak atasan parti. Inilah proses yang sebnarnya yang patut berlaku dalam keadaan Demokrasi. Pemimpin pilihan rakyat. Bukan pemimpin parti pilihan wakil rakyat. Secara logiknya, wakil rakyat itu dipilih oleh rakyat juga.

Namun apa yang lebih membimbangkan koi adalah budaya "politik wang" dan "politik meminta" dalam umno Temerloh kini semakin busuk. Pada koi budaya ini telah dilakukan oleh pihak yang terdahulu dan perwakilan telah menjadi 'pandai ajar' dengan budaya ini telah menjadi ikutan. Pada koi orang yang mengundi calon mengikut jumlah sumbangan tertinggi adalah seperti menjual undi, dan undi ini adalah amanah. Sesungguhnya orang yang menjual amanah ni, pada koi adalah dikeji allah. Tetapi bukan semua berfikiran begitu, masih ada ramai lagi pengundi yang bijak dan waras membuat pilihan.

Dan hasil dari budaya membida ini, wujud pula satu budaya 'meminta'. Ada dikalangan perwakilan dan KP cawangan yang gemar meminta-minta sumbangan baik dari Ketua mahupun AJK Bahagian. Inilah yang koi gelar pemilik lesen "kelas S". Lesen kelas SUBSIDI. Tidak ada jalan lain dalam pemikiran mereka untuk mendapatkan kewangan untuk cawangan. Padanlah akaun cawangan tak pernah ada, semuanya adalah duit 'grant'. Duit ni memang tak boleh ada baki, kerana ia bersifat hangus. Sepatutnya mereka ni dan koi sendiri harus memikirkan bagaimana untuk menjana kewangan cawangan, supaya dapat digunakan untuk kegiatan-kegiatan cawangan. Peluang menjana kewangan yang harus dilihat oleh semua cawangan, bukan sekadar untuk membelanjakan, tetapi harus mencari jalan untuk mengumpul wang untuk rakyat. Dari wang yang ada itu, gunakanlah untuk membeli bola, beli tiang gol, bela padang. Barulah bergelar rakyat berkelas A.

Rentikanlah semua sudut politik wang ni, baik dari perwakilan mahupun pemimpin sendiri. Jika tidak ada permintaan, nescaya penawaran akan kurang, begitulah sebaliknya. UMNO perlu berubah kepada konsep politik asal dahulu, semua pejuang UMNO adalah nasionalis. Bukan moneylis. Mereka menjadi pemimpin dengan tujuan membela Islam dan Melayu. Bukan membela jumlah akaun dalam bank. Pada zaman moden ini, gunakan parti untuk memperkukuhkan bangsa, dapatkan wang diluar parti. Banyakkan peluang untuk membangunkan bangsa, bukan banyakkan peluang wang untuk pengundi.

Ke gone kengkawan?

Friday, November 07, 2008

Kalau RM10.5M Diagih kepada rakyat Temerloh

Bayaran ex-gratia 6 hakim RM10.5j
(Berita Harian Online - 07/11/2008)
Oleh Anwar Hussin, Faiza Zainuddin, Nor Azma Laila dan Che Wan Badrul Alias

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberikan ex-gratia berjumlah RM10.5 juta kepada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Salleh Abas serta lima lagi hakim kanan yang ditamatkan perkhidmatan ketika krisis kehakiman 1988. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata kerajaan memutuskan membayar RM5 juta kepada Salleh manakala Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh dan Datuk George Edward Seah Kim, masing-masing mendapat RM2 juta. Tan Sri Mohamed Azmi Kamaruddin, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdolcadeer dan Tan Sri Wan Hamzah Mohd Salleh pula masing-masing memperoleh ex-gratia RM500,000.

Ini pandangan koi.

Setelah 20 tahun meninggalkan jawatan, kemudian dapat ex-gratia sampai 5 juta. "Worth Waiting". Tetapi pada pendapat koi yang bukan seorang hakim ni, tak perlu lah bagi lagi. Pencen dah dapat. Setahu koi Gaji KSN dalam lingkungan 19-20K sebulan tak termasuk imbuhan elaun lain. Pada pandangan koi Ketua Hakim Negara dapat dalam 20-25k sebulan. Mungkin lebih. Koi mengandaikan bahawa pencen mereka adalah dalam 15-20k sebulan. Jika mengikut kiraan mudah jika 15k x 12 bulan = 180k. Digandakan selama 20 tahun (180k x 20 = 3,600,000). Tidak termasuk gratuiti yang koi pun tak tahu, ditambah pula dengan 5 juta yang baru dapat baru ni. Ada dalam 10 juta dah duit rakyat boleh ke dia yek. Orang pencen kerajaan ni setahu koi, kerja dia main golf je. (Berpandukan pakcik koi yang pencen JUSA A jugek). Kalau nak tengok puak ni, pegi la KGPA nuh, macam-macam datuk, tan sri ada.

Tak kesah lah berapa dia dapat, rezeki dia di dunia ni kita tahu, kat akhirat esok kita tak tahu yek. Rasulullah pernah bersabda bahawa 2/3 dari hakim dan peguam masuk neraka. Harap-harap duit yang diorang dapat tu boleh lah sedekah ke Temerloh, boleh buat masjid tiga tu, anggaran Masjid sekarang dalam 3 juta sebuah. Boleh buat 3 biji kat Lanchang se, Semantan se dan Mentekab se.

Mengkala tidok pun, bak sini 3 juta cukup dah, boleh kita kumpulkan rakyat miskin kat temerloh ni, kita buatkan rumoh dan buatkan ladang dragon fruit kat diorang, at least orang miskin boleh makan 20 tahun lagi. Sekurang-kurangnya 100 orang miskin boleh hidup sejahtera sampai anok cucu, dengan syarat duit yang 3 juta tu disalurkan 100% la. Kalau berlaku ketirisan, tak sampai la hajat tu. Ada balance 7 juta lagi dia buat main golf, kalau dia duduk saja lah. tapi kalau dia buka law firm, 7 juta tu kecik amat ke dia. boleh agih at least kat 1,000 penduduk miskin kat Malaysia ni. Tapi yang koi tahu former LP ni dah jadi usahawan tani. Alhamdulillah, semoga imbuhan itu boleh di manfaat sesama umat Muhammad.

Ini cuma pendapat koi, tak tahulah kalau sahabat-sahabat diluar sana mempunyai pendapat yang lebih baik. Atau berpendapatan lebih baik.

Thursday, November 06, 2008

Popular atau Tanggungjawab



Assalamualaikum Warahmatullah,


Dah lama koi tak menulis ni, cuma barulah waktu ini mempunyai ruang waktu untuk menulis. Koi mengimbas kembali pemilihan PPU Temerloh ahad lepas. Terlebih dahulu koi ucapkan tahniah kepada yang terpilih.


Koi cuma nak ingat balik kiraan undi untuk setiap calon KP. Yang menang dapat 102 undi, yang kedua, 86 undi, ketiga, 44 undi dan yang keempat, 26 undi. Undi rosak 3. Kalau tak tepat kiraan undi ni, koi mintak maaflah, tapi apa yang koi tahu begitulah.


16 undi telah membezakan antara pemenang dan yang tempat kedua. Atau dalam bahasa statistiknya 15% telah membezakan pemenang. Dengan beza inilah, menajadikan Saudara Megat Asri sebagai Ketua Pemuda UMNO Temerloh. Adakah ini indikator bahawa megat lebih popular dari calon-calon lain?


Pada pendapat koi,


Megat bukanlah seorang yang popular. Tetapi pada mata perwakilan-perwakilan yang memilih beliau, Megat adalah orang yang harus DIPERTANGGUNGJAWABKAN untuk memipin golongan muda melalui UMNO di Temerloh. Yang paling popular adalah FM. Yang paling menonjol adalah RH, dan yang paling rugi adalah AS. (Koi reserved komen koi)


Mengapa Megat?

Pada koi, orang temerloh inginkan pemimpin yang sentiasa ada di Temerloh. Tetapi harus diingat, bahawa dengan perlantikan ini, Megat akan mepunyai waktu yang terhad di Temerloh. bukan kerana lari dari tanggungjawab, tetapi kerana tanggungjawab inilah beliau terpaksa kesana dan sini untuk berkhidmat kepada masyarakat Temerloh.


Koi selalu memikirkan tentang 3 lagi calon yang gagal. Kalu setakat 3 orang sahaja tak pe, tetapi 154 orang perwakilan lain yang tidak mengundi Megat. Adakah mampu Megat menarik balik 157 orang ini untuk bekerjasama dengan beliau? Adakah 157 orang ini sanggup dan terbuka hati mereka untuk berkhidmat bersama beliau?


Namun begitu, walaupun Megat yang dipertanggungjawabkan untuk memimpin, kesemua jemaah yang dilantik harus bersama untuk menarik balik perwakilan yang ada supaya bersama menguatkan kembali Pemuda UMNO. Insyallah dari 259 perwakilan ini, mampu menarik ribuan lagi pemuda Temerloh diluar sana untuk bersama berjuang untuk kepentingan Islam, Melayu dan Malaysia.


Selamat menjalankan tugas semua!!

Monday, November 03, 2008

Pemuda UMNO Berkempipinan Baru

Pada 2 oktober 2008, pada jam 7.10 malam bertempat di dewan Sri Mentakab, telah secara rasmi Pergerakan Pemuda UMNO Temerloh telah menobatkan Ketua yang baru serta Jemaah Jawatankuasa yang baru. Berikut adalah senarai pemegang jawatan-jawatan PPU Temerloh 2008/2011:

Pengerusi Tetap : Sdr. Zainuddin Izharul Haq

Timbalan Pengerusi Tetap : Sdr. Rozlan Abd Manaf

Ketua Pemuda Bahagian : Sdr. Megat Mohd Asri Abd Jalil

Naib Ketua Pemuda Bahagian : Sdr. Rofaie Dato' Hj. Md Hamdan

Ahli Jawatankuasa Bahagian :


1. Sdr. Mohd Suji Bilang Hj Nordin

2. Sdr. Nurazhansah Abu Bakar

3. Sdr. Adzhar Ishak

4. Sdr. Edzrul Fahmi Mohamad

5. Sdr. Jamry Demry

6. Sdr. Hasrizan Hassan

7. Sdr. Piruz Md Zin

8. Sdr. Azlei Hj Abd Jalil

9. Sdr. Rabu Said

10. Sdr. Shariman Sharif

11. Sdr. Nor Iskandar Naini Hanipah

12. Sdr. Zainatul Akma Zamri

13. Sdr. Mohd Khairul Mohd Isa

14. Sdr. Zainal Abidin Aziz

15. Sdr. Mohd Hatawi Jalaludin


Para jemaah perwakilan telah membuat pilihan mereka, seterusnya semua angkatan kemudi pergerakan haruslah melunaskan tanggungjawab. Pada koi, koi sokmo ingat pada kata-kata 'BEWARE of WHAT YOU WISH'. Semua yang terpilih adalah yang 'wish' untuk berada disana. Maka tunaikanlah dengan sebaiknya demi Islam, Melayu dan Malaysia.