Wednesday, October 02, 2013
Lama betul tak menulis di blog ini. Kebatasan waktu untuk duduk menulis sebaris dua pada blog ini cukup tidak mengizinkan. Namun dengan sedikit olahan dan keazaman, diizinkan Allah untuk menulis hari ini. Alhamdulillah.
terasa ingin menulis beberapa kerat pantun...
Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
2008 tiada satu kerusi,
2013 tiga kerusi melayang.
Ada yang kuat terasa diri,
Cepunya besar banyak isinya,
Jangan kita takbur di dunia ini,
Rezeki semua Allah yang punya.
Sudah terang bersuluh pula,
Namun hujan petangnya pula,
Duduk diatas sudah merasa,
Berilah laluan untuk yang muda.
Siang dan malam kuat bekerja,
Mencari rezeki untuk anak dan isteri,
Ukurlah diri siapa kita,
Barulah buat keputusan kemana nak pergi.
Tingkat enam tiada pengawal,
Naik tangga susah juga,
Bila terserempak baru lah kenal,
Ting! oh dia rupanya.
Kampung pandan kampung asalnya,
Cuba berani dikampung orang,
Enja bintang handal orangnya,
Kalau dia buat boleh kita tumpang.
cukulpah kot.
Wasalam.
Peringatan: pantun-pantun ini hanya sekadar luahan kreatif koi, tidak ada kena mengena denga sesiapa, baik yang masih bernyawa di bumi Allah ini mahupun yang telah tidak lagi bersama kita.
Tuesday, July 05, 2011
Bersih
Wednesday, November 10, 2010
Hub Pendidikan

Friday, September 17, 2010
HARI RAYA AIDILFITRI 2010 & HARI MALAYSIA
Friday, September 03, 2010
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 2010
Monday, July 20, 2009
Formula yang semakin rumit
Sunday, March 15, 2009
Sungai Gau Temerloh, Seri Gombak, Binjai Kota Bharu
Di Sungai Gau, YB Syed Hamid jadi makmum je, di Sri Gombak, YB Dato Dr Hassan Ali baca Khutbah Jumaat dan Imam Solat Jumaat, di Binjai YB Salehuddin Ayob jadi Imam Solat Jumaat. Kebetulan jumaat lepas koi berada di masjid binjai untuk solat jumaat. Selepas selesai doa solat, Yb salehuddin bangun untuk memberikan sedikit ucapan. Ucapan ringkas dan tidak berbau politik, yang diceritakan bahawa usaha untuk membantu rakyat Gaza.
Koi bukanlah seorang ahli PAS mahupun penyokong PAS. Tetapi apa yang koi nok kongsi pengamalan dengan orang Temerloh adalah tindakan profesional yang diambil dan adab-adab dalam masjid. Contoh yang baik elok diikut. Pemimpin yang berpelajaran seharusnya bijak membezakan tempat berpolitik dan tempat beribadat.
Begitu juga dengan pemimpin UMNO seharusnya belajar untuk mendekati masjid, terutamanya pada waktu solat jumaat. Kalau ada mana-mana YB yang rajin, setiap minggu sembahyang Jumaat di setiap Masjid yang berbeza dalam parlimen Temerloh, pasti ramai yang minat dengan YB. Tak perlu berkempen, cukup sekadar memberi sedikit ucapan bertanya kabar dan memberi maklumat terkini pada tahap lokal dan global. Tidak dibenarkanpun berpolitik di masjid, jesteru bertanya kabar pasti memadai.
Koi teringin jugek tengok YB Dato Shakar ke, YB Dato. Saifuddin ke, solat jumaat kat Sg Gau, tak perlu majlis formal pun. (YB Chua tak payohlah yek). Nok sembah Allah tak payohlah nok meraikan manusia je, so just some curtesy visit will capture people's hearts.
Thirsty for comments...
Thursday, January 29, 2009
SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH, MASIHI DAN CINA
1. Sungguh malang nasib mereka yang ditangkap kerana politik wang. Waktu yang diluangkan untuk berpolitik dibayar dengan keaiban.
2. Rata-rata yang ditangkap adalah orang lama dalam UMNO Temerloh. Setelah sekian lama berkhidmat dan ‘menerima’ khidmat , mereka diaibkan dengan tangkapan. Bukannya besar habuan mereka dapat pun, cuma rm 200 hingga 300, tetapi aibnya meliputi semua kebaikan yang telah dicurahkan kepada parti.
3. Namun inilah balasan dunia yang harus diterima oleh setiap mereka dan menjadi iktibar kepada yang lain. Kalau ada yang memberi, sudah-sudahlah memberi, betaubat lah, kalau ada yang menerima pun begitu juga.
4. Kembalilah kita memuhasabah diri tentang niat dan tujuan berpolitik. Ramai yang mengaut keuntungan sebenarnya apabila musim pemilihan berlaku. Banyak kedai-kedai makan yang laku, banyak hotel yang penuh, bahkan ikan patin pun laku dek kerana musim pemilihan. Adakah menjamu perwakilan makan ikan patin itu boleh dikira sebagai rasuah? Maka SPRM harus merampas ikan-ikan patin yang digunakan untuk menjamu perwakilan sekali sebagai bahan bukit.
5. Tujuan berpolitik kini sudah jauh berbeza dengan 50 tahun dahulu. Sebelum merdeka dulu kita berpolitik untuk menyatukan negara untuk kemerdekaan. Tetapi kaedahnya hampir sama, kedai kopi adalah tempat yang digunakan dari dulu hingga kini, mungkin sekarang kita tak panggil kedai kopi, kita mungkin panggil “White Coffee” ke atau kopitiam ke. Dulu mungkin bila pegi minum kopi, yang paling pandai bercakap akan selamat dari membayar kopi yang diminum, sekarang mungkin yang banyak dan pandai bercakap kena bayarkan kopi orang yang mendengar.
6. Selepas merdeka kita berpolitik untuk membangunkan negara. Kini kita sudah membangun. Politik pada Waktu pembungan menitikberatkan soal ilmu, cikgu akan mendapat tempat yang baik dalam UMNO mahupun PAS. Maka ramailah guru-guru yang menjadi ahli politik, ramai juga yang dah jadi Menteri Besar. Memang tidak boleh dinafikan pembangunan memerlukan pendidik dan rakyat perlu diilmukan. Setelah sampai kehujung pembagunan, kita sedang menghadapi kemajuan negara.
7. Pada keadaan menghadapi kemajuan, politik kini di banjiri oleh kontraktor-kontraktor dan ahli-ahli perniagaan. Sebagaimana mereka memenangi tender, harga yang paling rendah logiknya akan memenangi projek, tetapi sekiranya spesifikasi dan kualiti yang diambil kira, harga yang mahal biasanya akan memenangi tender. Budaya ini sedikit sebanyak telah di duplikasi didalam politik UMNO kini. Kalau calon hanya berbekalkan modal bahawa dia seorang cikgu atau pendidik maka kuranglah kebarangkalian mereka untuk menang. Maka bidaan harga adalah opsyen yang diguna pakai rata-rata calon-calon. Dalam politik, kualiti tidak datang pada tanda harga yang tinggi, kualiti datang pada khidmat dan bakti yang konsisten dan ikhlas. Kini nilai-nilai itu semakin berkurang atau mungkin pupus dalam UMNO. Jika politik membeli undi ini tidak padamkan segera, ia akan menjadi skim Piramid atau multi-level, yang menjadi Diamond, Emerald manager akan sentiasa untung, dan yang entry level akan sentiasa dapat 10% hasil menjual barang atau menjual undi. Sungguh memalukan.
8. Seharusnya kita berpolitik untuk memajukan negara. Duplikasi budaya membeli undi adalah sifat terlarang dalam teras agama islam yang dianuti oleh majoriti ahli UMNO. Dalam bahasa mudahnya RASUAH itu HARAM. Apakah perlu kita mengubah logo UMNO baru, setelah kita selesai dan yakin bahawa UMNO bebas rasuah nanti?

9. Ketua-ketua puteri, pemuda, wanita dan cawangan yang suka meminta-minta tajaan ini dan itu, hentikanlah segera amalan itu. Perwakilan-perwakilan yang terpilih dari semua peringkat, hentikanlah budaya meminta. Dudukah bersama AJK yang terpilih, berbincang bagaimana untuk menjana ekonomi cawangan dengan cara berniaga, atau memohon peruntukan secara rasmi dari pihak yang bertanggungjawab secara telus. Fikirkan secara ekonomi mikro yang lebih bersifat kekal, tidak bersifat bermusim seperti musim pemilihan parti.
10. AJK bahagian yang telah menang, tunaikan tanggungjawab untuk memberikan khidmat kepada cawangan-cawangan, memberi sokongan kepada peringkat Negeri dan pusat untuk memajukan negari Negara.
11. “Insyallah biro Pendidikan dan Latihan PEMUDA Temerloh akan menjalankan tugas dengan kursus pengurusan pertubuhan untuk semua Ketua dan Pegawai Pemuda pada peringkat cawangan”
12. Semoga kita diselamatkan dari anasir rasuah dan politik wang. Amin Wassalam
Thursday, December 11, 2008
Hari Raya Aidiladha
Namun begitu harus diingat, siapa yang dapat adalah rezeki, yang tak dapat itu adalah bukan rezeki. Mudah sahaja konsep daging korban ini sebenarnya, seandainya Allah menyatakan bahawa daging itu adlah rezeki kita, maka dapatlah, sekiranya tidak, maka bukanlah rezeki kita. Allahuallam.
* Sila lawat blog Bahasa Inggeris koi tentang sukan negara di http://emas-olympics.blogspot.com
Friday, November 21, 2008
Corat-coret
- Komen Abang MAAJA kepada koi dalam tajuk "Populor atau Tanggungjawab".
- 1. "Pada koi, orang temerloh inginkan pemimpin yang sentiasa ada di Temerloh. Tetapi harus diingat, bahawa dengan perlantikan ini, Megat akan mepunyai waktu yang terhad di Temerloh. bukan kerana lari dari tanggungjawab, tetapi kerana tanggungjawab inilah beliau terpaksa kesana dan sini untuk berkhidmat kepada masyarakat Temerloh."
- Koi rasa koi telah melakukan kesilapan kerana tidak menerangkan dengan jelas apa yang koi tulis. Pada koi, Megat adalah pemimpin yang baik, tahap kesibukan beliau mungkin lebih daripada biasa. Oleh itu koi tulis "tetapi kerana tanggungjawab inilah beliau terpaksa kesana dan sini untuk berkhidmat kepada masyarakat Temerloh." Dengan tugas hakiki beliau, dengan tugas sebagai KP, koi percaya beliau memang mampu menysusun masa yang baik. Kerana walaupun dipilih oleh perwakilan, ketentuan Allah untuk mengangkat beliau menjadi pemimpin bukanlah hak kita. Semakin tinggi tahap pemimpin itu, semakin sibuklah beliau. Tambahan pula dalam arus politik semasa ini, Pemuda UMNO perlu lebih dinamik dan bekerja lebih kuat.
2. salam bro.
kawan nak ingatkan sikit je..
tahniah kerana terpilih tapi jangan over sangat. setakat ketua dan ajk pemuda bahagian tu apalah sangat..
belum lagi yb, jadi tak banyak benda boleh buat.
Ada sesetengah YB pun tak boleh buat apa-apa pun..
Tapi walaubagaimanapun, kwn sokong awk semua- Dalam kes ni, koi terima saranan abang koi ni, " jangan over sangat" hehehe. Pada koi, ini bukan over, kita ada agenda yang besar sebenarnya. Memulihkan parti adalah agendanya, maka koi rasa dah tiba masanya kita PEMUDA untuk bangun dan bersama bertindak. Tanpa mengira tahap pemimpin, jangan harapkan YB je yang bekerja untuk mengubah keadaan. Kita harus bersama bertindak, pulihkan motivasi diri kita dulu. Bersama kita gerakkan dari peringkat bahagian. Bila kita sesama kita bersatu, nescaya kita boleh memulihkan keadaan.
-
3. Siapa kata MEGAT tak popular di Temerloh? Orang kampung kenal ke RH yg dikatakan paling menonjol?
- Megat tak popular! Itulah pendapat koi. Tetapi sifat kepimpinan yang memang terzahir sewaktu beliau menjalankan tugas sebagai setiausaha pemuda bahagian membuktikan bahawa beliau layak untuk menjadi pemimpin. Tidak perlu populariti, tetapi keupayaan menjalankan tanggungjawab telah membuktikan bahawa Megatlah yang layak menjadi KP.
- RH memang paling menonjol! Tetapi harus diingat, menonjol tidak semestinya popular. Menonjol boleh dilihat dalam bentuk fizikal, personaliti dan ekonomi serta banyak lagi. Menonjol bukanlah satu-satunya faktor untuk menjadi pemimpin. Banyak faktor yang membolehkan seorang pemimpin dipilih.
- MEGAT menepati 'equalibirium level' untuk dipilih menjadi pemimpin pada masa ini. Oleh itu koi merumuskan bahawa MEGAT adalah pemimpin pada waktu ini. Sebagai seorang Islam, koi mentaati dan menyokong pemimpin koi. No DOUBT about that.
Thursday, November 20, 2008
Adakah kita ingin membina negara yang baru?
Semakin hari, semakin banyak benda yang dipersoalkan tentang orang Melayu. Semakin banyak dasar dan polisi kebangsaan dipersoalkan. Bangsa lain sudah berani mempersoalkan hak-hak orang melayu dan ada juga yang mempersoalkan tentang Islam secara terbuka. Bukan sahaja persoalan dari bukan Melayu, malahan ada puak dari bangsa Melayu yang mula goyah kepercayaan dan jatidiri terhadap bangsa Melayu sendiri. Fatwa untuk orang Islam pun dipersoalkan oleh agama lain.
Koi tidak menyalahkan mereka. Tetapi sejauh manakah Melayunya kita, dan Islamnya kita ini? Koi ingin berkongsi apa yang koi tahu tentang Melayu. Mengikut pentakrifan undang-undang:
Artikel 160
"Article 160 mendefinisikan bentuk perkataan pelbagai yang digunakan di dalam perlembagaan. Ia memberikan impak penting pada Islam di Malaysia dan orang Melayu disebabkan definisi seorang Melayu pada klause 2."
Penakrifan undang-undang
Seorang yang beragama
Takrifan undang-undang ini adalah ditetapkan demi keperluan politik di negara
Oleh yang demikan, koi rasa sebagai orang Melayu, kita harus memahami apa yang dimaktubkan dalam undang-undang tubuh kerajaan
Sejauh manakah kita orang Melayu mengamalkan Islam? Koi tertarik kepada artikel yang ditulis oleh Abu Bakar Yang (Fellow IKIM). Beliau mengambil contoh beberapa negara yang mengelar diri mereka moden. Adakah ingin menjadi "Turki Moden"? "Turki adalah contoh kegagalan suatu bangsa untuk maju, kuat dan makmur dengan memutuskan dirinya dengan memutuskan dirinya dari agama dan akar budaya tradisinya lalu memilih sekularisasi dan pembaratan. Hasilnya Turki tidak diterima baik oleh negara Islam malah tersisih dari Barat". Sebaliknya beliau meletakkan Jepun dan
Jadi pada koi, kita orang Melayu harus memperkukuhkan diri kita dengan Islam dan memartabatkan Melayu itu sendiri. Tidak perlu goyah bila dipersoalkan tentang hak-hak kita. Kita harus berilmu dan memperkasakan segala sudut kehidupan baik dari segi ekonomi mahupun social. Tidak ada bangsa lain boleh mengganggu-gugat keamanan dan kemakmuran
Artikel 153 dan Artikel 11 dengan jelas menyatakan tentang hak melayu dan Islam, tetapi masih ada yang bernai mempersoalkannya sedangkan mereka bersetia kepada Rukunegara untuk menjadi warnganegara
Artikel 153
“Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia.”
Artikel 11
“Artikel 11 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam merupakan Agama rasmi Persekutuan. Sungguh pun begitu setiap orang berhak mempraktikkan agamanya sendiri.
Status kebebasan agama di Malaysia merupakan satu isu kontroversi. Islam merupakan agama rasmi dan Perlembagaan Malaysia meletakkan sekatan terhadap kebebasan beragama, paling ketara penyebaran agama selain Islam kepada Muslim. Bagaimanapun, persoalan sama ada Malaysia merupakan negara Islam atau sekular masih belum berjawab.
Perkara 11 dalam Perlembagaan Negara memperutukkan kebebasan beragama kepada rakyat Malaysia. Antara penekanan yang terdapat dalam peruntukan ini ialah:
- Walaupun agama Islam adalah agama rasmi negara ini, rakyat tetap bebas menganut agama-agama lain.
- Seseorang tidak boleh menyekat orang lain daripada menjalankan aktiviti keagamaan.
- Penganut setiap agama diberikan kebebasan untuk meraikan upacara keagamaan masing-masing.
- Hari sambutan upacara keagamaan bagi agama-agama utama merupakan cuti am. “
Apa yang berlaku akhir-akhir ini seolah-olah kita ingin membina sebuah negara baru, dimana kita baru ingin menggubal dasar negara. Rakyat yang duduk dalam negara ini ingin turut sama menggubal undang-undang mengikut kehendak dan keperluan diri masing-masing. Dah lebih 50 tahun kita siap menggubal perlembagaan negara, yang perlu kita lakukan adalah terus hidup didalamnya, memajukannya, menikmati hasilnya dan makmur bersama. Ke gone rodong-rodong?
Wassalam
Thursday, November 13, 2008
Politik Wang UMNO di Temerloh

Sejahtera keatas semua....
Setelah selesai semua peringkat UMNO bahagian Temerloh ahad lepas, ada suara-suara sahabat yang berbunyi tentang politik wang. "Rumah dah siap, pahat masih berbunyi". Fenomena dimana ada yang menyatakan bahawa politik wang telah mengubah keputusan pemilihan perwakilan. Apalah yang sebenarnya berlaku? Koi pun tak tahu sangat.
Tetapi koi tahu ada bermacam senario sewaktu proses pemilihan dan kempen. Proses ni berlaku dari dua hala, "top to bottom" dan "bottom to top".
1. Top to bottom
Ada dikalangan pemimpin atasan UMNO Temerloh sendiri mempunyai pilihan kepimpinan mereka sendiri. Didalam Pemuda misalnya, ada calon-calon KP yang tidak disokong oleh pihak atasan bahagian. Maka berlakulah proses cantas-mencantas dan bom-mengebom. Mungkin koi tidak dapat memberikan bukti yang jelas, tapi cakap-cakap ada lantas ke telinga koi sendiri.
2. Bottom to top
Perubahan yang perwakilan mahukan adalah jelas bila ramai yang memilih untuk menerima calon-calon yang benar layak dan disukai oleh pihak akar umbi, bukan pilihan pihak atasan parti. Inilah proses yang sebnarnya yang patut berlaku dalam keadaan Demokrasi. Pemimpin pilihan rakyat. Bukan pemimpin parti pilihan wakil rakyat. Secara logiknya, wakil rakyat itu dipilih oleh rakyat juga.
Namun apa yang lebih membimbangkan koi adalah budaya "politik wang" dan "politik meminta" dalam umno Temerloh kini semakin busuk. Pada koi budaya ini telah dilakukan oleh pihak yang terdahulu dan perwakilan telah menjadi 'pandai ajar' dengan budaya ini telah menjadi ikutan. Pada koi orang yang mengundi calon mengikut jumlah sumbangan tertinggi adalah seperti menjual undi, dan undi ini adalah amanah. Sesungguhnya orang yang menjual amanah ni, pada koi adalah dikeji allah. Tetapi bukan semua berfikiran begitu, masih ada ramai lagi pengundi yang bijak dan waras membuat pilihan.
Dan hasil dari budaya membida ini, wujud pula satu budaya 'meminta'. Ada dikalangan perwakilan dan KP cawangan yang gemar meminta-minta sumbangan baik dari Ketua mahupun AJK Bahagian. Inilah yang koi gelar pemilik lesen "kelas S". Lesen kelas SUBSIDI. Tidak ada jalan lain dalam pemikiran mereka untuk mendapatkan kewangan untuk cawangan. Padanlah akaun cawangan tak pernah ada, semuanya adalah duit 'grant'. Duit ni memang tak boleh ada baki, kerana ia bersifat hangus. Sepatutnya mereka ni dan koi sendiri harus memikirkan bagaimana untuk menjana kewangan cawangan, supaya dapat digunakan untuk kegiatan-kegiatan cawangan. Peluang menjana kewangan yang harus dilihat oleh semua cawangan, bukan sekadar untuk membelanjakan, tetapi harus mencari jalan untuk mengumpul wang untuk rakyat. Dari wang yang ada itu, gunakanlah untuk membeli bola, beli tiang gol, bela padang. Barulah bergelar rakyat berkelas A.
Rentikanlah semua sudut politik wang ni, baik dari perwakilan mahupun pemimpin sendiri. Jika tidak ada permintaan, nescaya penawaran akan kurang, begitulah sebaliknya. UMNO perlu berubah kepada konsep politik asal dahulu, semua pejuang UMNO adalah nasionalis. Bukan moneylis. Mereka menjadi pemimpin dengan tujuan membela Islam dan Melayu. Bukan membela jumlah akaun dalam bank. Pada zaman moden ini, gunakan parti untuk memperkukuhkan bangsa, dapatkan wang diluar parti. Banyakkan peluang untuk membangunkan bangsa, bukan banyakkan peluang wang untuk pengundi.
Ke gone kengkawan?
Friday, November 07, 2008
Kalau RM10.5M Diagih kepada rakyat Temerloh
(Berita Harian Online - 07/11/2008)
Oleh Anwar Hussin, Faiza Zainuddin, Nor Azma Laila dan Che Wan Badrul Alias
KUALA LUMPUR: Kerajaan memberikan ex-gratia berjumlah RM10.5 juta kepada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Salleh Abas serta lima lagi hakim kanan yang ditamatkan perkhidmatan ketika krisis kehakiman 1988. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata kerajaan memutuskan membayar RM5 juta kepada Salleh manakala Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh dan Datuk George Edward Seah Kim, masing-masing mendapat RM2 juta. Tan Sri Mohamed Azmi Kamaruddin, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdolcadeer dan Tan Sri Wan Hamzah Mohd Salleh pula masing-masing memperoleh ex-gratia RM500,000.
Ini pandangan koi.
Setelah 20 tahun meninggalkan jawatan, kemudian dapat ex-gratia sampai 5 juta. "Worth Waiting". Tetapi pada pendapat koi yang bukan seorang hakim ni, tak perlu lah bagi lagi. Pencen dah dapat. Setahu koi Gaji KSN dalam lingkungan 19-20K sebulan tak termasuk imbuhan elaun lain. Pada pandangan koi Ketua Hakim Negara dapat dalam 20-25k sebulan. Mungkin lebih. Koi mengandaikan bahawa pencen mereka adalah dalam 15-20k sebulan. Jika mengikut kiraan mudah jika 15k x 12 bulan = 180k. Digandakan selama 20 tahun (180k x 20 = 3,600,000). Tidak termasuk gratuiti yang koi pun tak tahu, ditambah pula dengan 5 juta yang baru dapat baru ni. Ada dalam 10 juta dah duit rakyat boleh ke dia yek. Orang pencen kerajaan ni setahu koi, kerja dia main golf je. (Berpandukan pakcik koi yang pencen JUSA A jugek). Kalau nak tengok puak ni, pegi la KGPA nuh, macam-macam datuk, tan sri ada.
Tak kesah lah berapa dia dapat, rezeki dia di dunia ni kita tahu, kat akhirat esok kita tak tahu yek. Rasulullah pernah bersabda bahawa 2/3 dari hakim dan peguam masuk neraka. Harap-harap duit yang diorang dapat tu boleh lah sedekah ke Temerloh, boleh buat masjid tiga tu, anggaran Masjid sekarang dalam 3 juta sebuah. Boleh buat 3 biji kat Lanchang se, Semantan se dan Mentekab se.
Mengkala tidok pun, bak sini 3 juta cukup dah, boleh kita kumpulkan rakyat miskin kat temerloh ni, kita buatkan rumoh dan buatkan ladang dragon fruit kat diorang, at least orang miskin boleh makan 20 tahun lagi. Sekurang-kurangnya 100 orang miskin boleh hidup sejahtera sampai anok cucu, dengan syarat duit yang 3 juta tu disalurkan 100% la. Kalau berlaku ketirisan, tak sampai la hajat tu. Ada balance 7 juta lagi dia buat main golf, kalau dia duduk saja lah. tapi kalau dia buka law firm, 7 juta tu kecik amat ke dia. boleh agih at least kat 1,000 penduduk miskin kat Malaysia ni. Tapi yang koi tahu former LP ni dah jadi usahawan tani. Alhamdulillah, semoga imbuhan itu boleh di manfaat sesama umat Muhammad.
Ini cuma pendapat koi, tak tahulah kalau sahabat-sahabat diluar sana mempunyai pendapat yang lebih baik. Atau berpendapatan lebih baik.
Thursday, November 06, 2008
Popular atau Tanggungjawab
Monday, November 03, 2008
Pemuda UMNO Berkempipinan Baru
Pengerusi Tetap : Sdr. Zainuddin Izharul Haq
Timbalan Pengerusi Tetap : Sdr. Rozlan Abd Manaf
Ketua Pemuda Bahagian : Sdr. Megat Mohd Asri Abd Jalil
Naib Ketua Pemuda Bahagian : Sdr. Rofaie Dato' Hj. Md Hamdan
Ahli Jawatankuasa Bahagian :
1. Sdr. Mohd Suji Bilang Hj Nordin
2. Sdr. Nurazhansah Abu Bakar
3. Sdr. Adzhar Ishak
4. Sdr. Edzrul Fahmi Mohamad
5. Sdr. Jamry Demry
6. Sdr. Hasrizan Hassan
7. Sdr. Piruz Md Zin
8. Sdr. Azlei Hj Abd Jalil
9. Sdr. Rabu Said
10. Sdr. Shariman Sharif
11. Sdr. Nor Iskandar Naini Hanipah
12. Sdr. Zainatul Akma Zamri
13. Sdr. Mohd Khairul Mohd Isa
14. Sdr. Zainal Abidin Aziz
15. Sdr. Mohd Hatawi Jalaludin
Para jemaah perwakilan telah membuat pilihan mereka, seterusnya semua angkatan kemudi pergerakan haruslah melunaskan tanggungjawab. Pada koi, koi sokmo ingat pada kata-kata 'BEWARE of WHAT YOU WISH'. Semua yang terpilih adalah yang 'wish' untuk berada disana. Maka tunaikanlah dengan sebaiknya demi Islam, Melayu dan Malaysia.
Tuesday, July 29, 2008
Sebulan dalam perperangan
Di Temerloh pun hebat juga perang ni, dari hujung sempadan karak, sampailah ke sempadan maran, dari sempadan kuala kerau, sampailah sempadan bera, itulah luasnya takluk perang umno ni.
Percayalah! bahawa sewaktu ini, ada yang sewaktu PRU12 tampal poster PR kini jadi ahli perwakilan tidakpun mengundi sebagai ahli sah di cawangan. Ramai yang koi tengok dengan mata-kepala koi sendiri. Itulah hebatnya cawangan-cawangan umno temerloh.
Sewaktu pemilihan ini, terdapat banyak puak, ada yang sokong team A, Team B, Team C, Team D pun ada. Punyalah ramai orang nak jadi pemimpin di Temerloh ni, yang masuk kapal pulak lagi la ramainya. Koi pun masuk jugek, hehehehehe
Tetapi secara peribadinya, dalam Pergerakan Pemuda Umno Temerloh koi rasa hanya 2 orang sahaja yang layak bertanding Ketua Pemuda Bahagian. Hanya 2 orang sahaja yang layak bertanding untuk menjadi Naib Ketua. Megat Asri dan Ridzwan Hazimin sahaja yang layak untuk dipilih untuk menjadi ketua. Yang lain harus memuhasabahkan diri dulu, adakah mereka layak untuk bertanding? adakah mereka menepati ciri-ciri minima untuk menjadi seorang ketua?
Berilah laluan kepada orang yang selayaknya untuk menjadi pemimpin, tidak perlu ada unsur paksaan dalam pemilihan pemimpin. Apatah lagi unsur rasuah samada dalam bentuk wang, benda mahupun jawatan untuk menyebabkan orang menyokong pemimpin. Pada pendapat koi, pemimpin itu harus menjalankan tugas-tugas yang membolehkan penyokong mendekati mereka secara huluan dan hiliran. Mereka haruslah disokong oleh pengikut akar umbi, dikenali oleh peringkat tertinggi, sealiran pada kepimpinan bahagian. Bukan sekadar popular secara Positif di Temerloh, tetapi harus juga dikenali ramai pada peringkat kebangsaan. Kerana apabila mereka menajdi Ketua kelak, lebih banyak kebaikan yang dapat diraih oleh penduduk Temerloh dari ketua mereka daripada kebaikan yang diperolehi untuk individu ketua itu sendiri.
Apapun, percayalah! Mana-mana calon ketua yang ikhlas, jujur sewaktu proses pemilihan akan mendapat jawatan ketua. Bukan yang bersifat mengancam orang lain. Kita lihatlah hasilnya pada bulan November nanti.
Wednesday, July 16, 2008
Debat
Foto dari The Star
Walaupun bukanlah sehebat mana perdebatan itu, tetapi Dato Shabery telah bersikap kurang profesional dengan menyerang secara peribadi kepada DSAI, dan ini dijawab secara gentlemen oleh DSAI. Rata-rata semua mengetahui tentang idea yang disampaikan oleh DSAI berbanding dengan Dato Shabery. DSAI mengambil langkah bijak dengan menajdi 'Mr Nice Guy', dan in semestinya menarik minat orang-orang yang belum pernah mendengar atau mengenali beliau sebelum ini. Itulah anwar ibrahim, kalah dalam cerita Cicakman tu boleh ganti aznil jadi Profesor Klon. Tetapi hakikatnya beliau hanya menyuarakan kembali apa yang disuarakan oleh ramai orang termasuklah orang Barisan Nasional sendiri. Satu pendekatan dan cara popular untuk mendekati rakyat.
Idea yang telah digunapakai sewaktu pemerintahan Tun Mahathir dan telah di BOLDkan oleh DSAI. Dan ini telah di 'rebranding' oleh beliau dengan PR. Dato Shabery telah berada didalam persimpangan kerana beliau terpaksa mempertahankan keputusan yang dibuat oleh beberapa orang lain dalam kabinet paklah. Orang yang paling layak untuk menjawab debat semalam adalah Dato' Shahrir Samad, dialah yang selalu menjawab kepada orang awam tentang isu ini.
Ramai orang UMNO yang tidak bersetuju dengan kenaikan harga minyak, mereka bukan menidakkan kenaikan, tetapi ratio kenaikan itu yang menyakitkan, kepimpinan paklah yang dinasihatkan oleh cerdik-pandai yang hidupnya dah selesa telah mengambil keputusan untuk meringankan beban kerajaan degan menambahkan beban rakyat. Apakah susah benar mencari "equalibirium line" antara beban rakyat dan beban kerajaan, semua itu boleh dikira dengan mudah kalau mereka ingin mencari penyelesaian terbaik. Ramai ahli ekonomi yang bijak-bijak yang ada dalam kerajaan tak mampu untuk buat keputusan yang bertentangan dengan paklah agaknya.
Kesimpulan dari rancangan debat semalam, DSAI adalah orang yang beruntung kerana mendapat Media coverage yang besar, dan Kerajaan rugi kerana seluruh negara mengetahui bahawa kerajaan tidak menerima cadangan dari ramai rakyat termasuklah ahli-ahli UMNO, walaupun mereka tidak menyokong DSAI tetapi secara prinsipnya DSAI berada sealiran dengan pemikiran ramai rakyat. Itulah hakikatnya, dan kerajaan kini telah tersilap langkah dengan memberikan rebet tunai kepada rakyat. Seandainya kerajaan berani dan sanggup untuk berkorban untuk rakyat dan mempopularkan umno dan BN kembali, maka satu perancangan subsidi minyak harus diadakan semula. Cukup mudah, kerajaan paklah hanya perlu kembalikan harga minyak kepada RM1.92, sekaligus menjadikan harga itu lebih murah dari RM2.20 seperti yang DSAI cadangkan. Mesti rakyat setuju punya dengan BN. Dalam tempoh setiap 3 bulan, satu kenaikan harga mungkin dalam nilai RM0.30, sehingga satu harga yang paling optimum. Dan ini membolehkan rakyat membuat 'adjustment' dan persediaan secara sistematik, begitu juga dengan kerajaan. Tak perlu ramai sangat pakar ekonomi untuk selesaikan masalah sebegini, hanya hati dan pemikiran yang tebuka sahaja yang boleh selesaikan masalah ini.
Kepada semua pemimpin kerajaan, selamilah setiap hati dari 27 juta rakyat Malaysia ini. Pemilihan UMNO akan bermula esok. So jangan lupalah calonkan saya jadi AJK pemuda bahagian ye. Bagi yang nak jadi Ketua Pemuda Bahagian dan Naib Ketua Pemuda tu, berkempenlah dengan berhemah, janganlah hanya kerana untuk memenangi kerusi, kita hilang Profesionalisme. Nak jadi pemimpin bukan mudah, bukan kena jawab kat pengundi sahaja, esok kat alam kubur kena jawab, kat akhirat yang kekal abadi pun kena jawab. Serta ingatlah, jika kita berjaya maknanya Allah memberi rezeki kepada kita, dan yang tak berjaya itu maknanya Allah belum memperkenankan rezeki kita lagi. Wassalam
Tuesday, July 08, 2008
Temerloh Bukan Suka Lompat
Menyentuh isu LOMPAT, untuk makluman semua, temerloh menang ada nama KAMPUNG LOMPAT. Tetapi orang kampung ni tak la mudah amat bertukar pendirian ataupun melahirkan jaguh-jaguh sukan lompat tinggi, lompat bergalah mahupun lompat pagar. Namanya je lompat.
Terdetik pihak PKR telah menyatakan bahawa 4 anggota BN sedang bersedia untuk lompat parti dan menyertai PKR. Melalui laman blog yang beralamat http://greenboc.blogspot.com/ , ditulis bahawa 2 orang yang pada koi adalah dua jiran yang cukup dikenali keUMNOan nya. Pernyataan ini membuatkan koi teruja untuk mengetahui secara sahih dan benar. Maka kebetulan Dato’ Saifuddin memanggil pemimpin-pemimpin cawangan, pemuda, wanita dan puteri UMNO Temerloh untuk mendengar sendiri penjelasan beliau. Dato' Shakar pun ada jugek datang.
(Gambar ni koi amik dari tempat duduk koi le)
Dalam penerangan tersebut, telah dinyatakan bahawa beliau beberapa perkara yang belum pernah kita dengar tentang DSAI. Sebenarnya koi lama dah mengkaji tentang DSAI itu. Ada sedikit persamaan dalam apa yang koi fikirkan selama ini dengan cerita Dato Saifuddin tentang DSAI. Sebelum itu Dato’ Saifuddin telah menyatakan bahawa beliau tidak sama sekali akan lompat mahupun menyertai PKR.
“ Saya tak pernah terfikirpun untuk berbuat demikian, saya adalah Ahli Seumur Hidup, dan saya akan setia selama-lamanya dengan UMNO dan Barisan Nasional” itulah kata yang keluar sendiri dari mulut Dato’ Saifuddin. Maka tidak timbullah lagi soalan bahawa beliau akan masuk PKR.
Oleh itu, bagi orang Temerloh yang berharap agar Dato’ Saifuddin akan masuk PKR, lupakanlah angan-angan itu, dan bagi orang yang tidak mahu beliau masuk PKR bersyukurlah dan percayalah kepada dia.
Kita orang Temerloh ni amat bertuah, bertuah kerana ramai pemimpin besar Negara datang dari Temerloh. Tan Sri Yahya, Tan Sri Hamzah, Tan Sri Saba, Datuk Siti Zaharah, Datuk Sarit, ramai lagilah untuk disebut, oleh itu sebaiknya kita jaga jelah Temerloh ini sebaiknya.
Wassalam
Wednesday, July 02, 2008
Anwar oh Anwar

Ramailah konco-konconya yang sanggup menggadaikan nyawanya untuk mempertahankan bahawa DSAI ini adalah tidak bersalah langsung. Tak buat perkara-perkara jahat. Termasuklah abang angkat beliau...amerika syarikat.

Ramai yang menyokong beliau pada masa ini tidak pernah mengalami kesusahan pada tahun 1998. Golongan muda yang berumur bawah 30 tahun. Menyokong bahawa DSAI lah yang patut menjadi perdana menteri mereka, kerana pada waktu mereka bersekolah dulu, DSAI adalah menteri pelajaran mereka. Jadi cukup rapat golongan muda ini dengan KBSR dan KBSM. Maka pada mereka DSAI ini adalah pemimpin yang cukup baik, mungkin ada yang berpendapat DSAI maksum kot.
Tetapi pada pendapat saya DSAI adalah seorang ahli politik yang telah gagal. Sejak tahun 1998 lagi beliau telah gagal. Kini beliau masih lagi seorang yang gagal.
Kenapa dianggap gagal?
Kes 1998
Pada waktu itu, DSAI adalah Timbalan Perdana Menteri Malaysia serta Timbalan Presiden UMNO dan barisan nasional. Pengikut beliau cukup ramai, semua orang setuju jika beliau menggantikan Dr Mahathir sebagai PM. Bak kata orang, tak siapa pun yang membantah kalau Dr Mahathir melantik beliau sebagai PM bila Dr Mahathir meninggalkan kerusi PM.
Tapi atas sifat yang sangat berkehendak menjadi PM, sifat ramai pemimpin melayu dulu dan kini, sifat hilang kawalan telah memusnahkan kariernya.
Desakan pengikut yang terlalu inginkan pemimpin mereka menjadi PM telah menjadikan DSAI dilihat seperti menjadi PM sebelum dilantik menjadi PM. Padahal 10 tahun dahulu jika beliau bersabar dan menjalankan tugas dengan baik, nescaya paklah takkan jadi PM hari ini.
Kes 2008
Saya melihat kebangkitan beliau ketika ini hanyalah satu perkara yang merosakkan melayu dan malaysia. DSAI memang pandai dari sudut oratornya, boleh mempengaruhi siapa yang mendengar kata-katanya, maka ramailah pengikutnya kini. Tetapi perkara yang sama saya jangkakan, kelamahan kawalan ini akan menjatuhkan beliau kembali. Terlalu ramai kumpulan pendesak yang bersuara lantang berada di belakang DSAI. Yang mereka mahukan adalah DSAI menjadi PM.
Tetapi untuk apa? Terjaminkah jika DSAI menjadi PM kita akan hidup dengan leabih selesa? Cekapkah beliau menangani krisis ekonomi negara? Cukuplah dengan peristiwa 1998 apabila beliau mencadangkan kita pinjam dengan IMF, itupun dengan bantuan abang angkat beliau - USA. Mungkin ramai orang-orang muda yang menajdi pengikut beliau kini tak merasakan pahitnya menghadapi masalah ekonomi 1998. Kalau kita mengharapkan DSAI pada waktu itu tolong selesaikan masalah itu, nescaya muflis Malaysia ni dah.
Orang yang macam ni yang nak diangkat menjadi PM? Beliau ingin menjadi PM hanya untuk membuktikan bahawa beliau tidak bersalah dan supaya dapat membuka fail-fail lama dan mengenakan orang-orang yang katanya telah mengenakan beliau. Bukanlah niat sebenar beliau untuk menjaga kepentingan rakyat Malaysia. Kita perlukan pemimpin yang mengetepikan kepentingan peribadi untuk kesejahteraan rakyat. Bukan pemimpin yang nak balas dendam.
Persamaan paklah dan anwar

Kedua-duanya yakin bahawa parti yang mereka pimpin kukuh. Paklah cakap rakyat menyokong padu pimpinan beliau, anwar cakap rakyat memberi sokongan padu kepada pimpinan dan bersedia untuk mengambil alih kerajaan pusat. Sama je keduanya ini. Cuma bezanya, paklah at least dah duduk kat post PM, anwar pernah memangku PM je waktu Tun Mahathir cuti dulu je...
Kesimpulan
Sudah-sudahlah kita berperang dan berpecah, yang sibuk berlawannya dua tiga orang kat atas je, yang makin susah makin ramai, yang berpecah makin ramai, yang tak terbelanya melayu jugak.
Dalam istilah broker saham, kita panggil 'cut lost'. So kita buang je yang bersengketa tu, kita cari pemimpin baru yang lebih genuine sifatnya. Memang susah tapi pasti ada, baik dari peringkat kampung, dun, parlimen mahupun perdana menteri. yang bikin kecoh ni kita cut lost je senang.
Wasallam.