Sunday, March 15, 2009

Sungai Gau Temerloh, Seri Gombak, Binjai Kota Bharu

Lama dah tak update blog ni, koi sibuk sangat kebelakangan ini. Tetapi alhamdulillah, bolah jugek menulis ni. Sungai Gau tu kampung koi la, seri gombak tu tempat koi menetap, binjai tu rumoh mok mertua koi. Maka allah telah memberikan koi peluang untuk berada di ketiga-tiga tempat yang mempunyai masjid yang mempunyai pemimpin dari PAS.

Di Sungai Gau, YB Syed Hamid jadi makmum je, di Sri Gombak, YB Dato Dr Hassan Ali baca Khutbah Jumaat dan Imam Solat Jumaat, di Binjai YB Salehuddin Ayob jadi Imam Solat Jumaat. Kebetulan jumaat lepas koi berada di masjid binjai untuk solat jumaat. Selepas selesai doa solat, Yb salehuddin bangun untuk memberikan sedikit ucapan. Ucapan ringkas dan tidak berbau politik, yang diceritakan bahawa usaha untuk membantu rakyat Gaza.

Koi bukanlah seorang ahli PAS mahupun penyokong PAS. Tetapi apa yang koi nok kongsi pengamalan dengan orang Temerloh adalah tindakan profesional yang diambil dan adab-adab dalam masjid. Contoh yang baik elok diikut. Pemimpin yang berpelajaran seharusnya bijak membezakan tempat berpolitik dan tempat beribadat.

Begitu juga dengan pemimpin UMNO seharusnya belajar untuk mendekati masjid, terutamanya pada waktu solat jumaat. Kalau ada mana-mana YB yang rajin, setiap minggu sembahyang Jumaat di setiap Masjid yang berbeza dalam parlimen Temerloh, pasti ramai yang minat dengan YB. Tak perlu berkempen, cukup sekadar memberi sedikit ucapan bertanya kabar dan memberi maklumat terkini pada tahap lokal dan global. Tidak dibenarkanpun berpolitik di masjid, jesteru bertanya kabar pasti memadai.

Koi teringin jugek tengok YB Dato Shakar ke, YB Dato. Saifuddin ke, solat jumaat kat Sg Gau, tak perlu majlis formal pun. (YB Chua tak payohlah yek). Nok sembah Allah tak payohlah nok meraikan manusia je, so just some curtesy visit will capture people's hearts.

Thirsty for comments...

4 comments:

Raja Fiqri Fauwaz said...

1987? mok saye baru nikoh.. Tak pe lah. Saye smkt jugek.. tapi orang mude.. mok saye pon smkt jugak..

jemput ke laman web smkt..

http://smktemerloh.co.cc

Chuah Boon Seong said...

Sdr AAJ,

Itu blog bulan tiga, kini bulan tujuh, baru ternampak saya disebut-sebut, oklah.

Kalau dijemput dan sekiranya ada kesempatan, saya hadir jugek, di mana-mana lokasi yang sesuai.

bakal pemuda UMNO said...

saya berpendapat bahawa tuan YB kita dapat sembahyang berjemaah bersama sama dgn rakyat di setiap masjid yang ada di temerloh. supaya dapat mengeratkan hubungan yang baik diantara rakyat dengan YB. Rakyat dapat mengajukan masalah dan berbincang secara 'freely' dengan YB tentang apa jua yang boleh membela rakyat temerloh ini. Barulah rakyat nampak bahawa tuan YB kita sangat ambil berat tentang rakyat dengan cara turun padang dengan pelbagai strategi bukan sahaja hanya ada aktiviti sahaja di temerloh bahkan juga di waktu waktu lapang dengan tanpa mengikut protokol seperti tanpa masjlis2,tanpa jamuan dan pergi ke masjid2 di temerloh ini dengan mengejut dengan tanpa pemberitahuan awal. baru lah rakyat berasa gembira dan mudah dengan YB kita. Bersama kita pulihkan parti UMNO kita dan menambahkan keyakinan rakyat terhadap parti kesayangan kita ini.

kerel said...

aku hijrah dgn famili aku kat kg sg gau pd thn 1973.masa tu aku br darjah 4.yg ada masa tu hutan blantara dgn lori balak.jiran semua jauh2.api air takde lg.surau papan buruk di tepi sg gau tempat aku dan kwn2 mengaji dan bermain.sg gau tempat aku pancing ikan dan berenang,balik rumah kene sebat dgn batang betik..peghhh..masa cepat berlalu.aku di usia remaja antara org yg di sayangi di surau oleh makcik2 dan pakcik2,kalau bole nak buat menantu he2..masa tu semua org kg sepakat,gotong royong ke kenduri ke semua satu kepala best betul.awal 90an politik melanda kg sg gau..byk la tok dalang dr luar pukul canang buat promosi parti masing2.bermula dr itu org kg dah ada mentor masing2.kat surau jgn ckp la mcm2 terjadi,sembahyang 2 imam,kafir mengkafir,kutuk mengutuk,urusan fardu kifayah pon ikut makzab masing2.aduhh sedih sungguh masa tu.makcik yg dulu nak buat aku menantu pon dah cansel sebab mentor ayah aku tak sama..,skrg 2010 byk dah brubah.aku dah berkeluarga dan menetap di pj.sesekali aku pulang ke kg sg gau menjengok kubur arwah ibu dan ayah hati ku jadi sayu bila melihat surau yg dulu nya berpapan buruk skrg sudah menjadi masjid berbatu berbumbung biru.teman sepermainan sebahagian ada yg sudah berhijrah,meninggal dunia,hilag mcm tu pon ada(din dahlan mn ko skrg).apa2 pon aku tak salah kan sapa2.ini lah kehidupan.moga allah merahmati kita di dunia dan di ahirat..amin.buat kwn ku di kg sg gau..mat roos,hazarin,azmi,lan,azhar,azman...selamat hari raya maaf zahir batin..