Menyentuh isu LOMPAT, untuk makluman semua, temerloh menang ada nama KAMPUNG LOMPAT. Tetapi orang kampung ni tak la mudah amat bertukar pendirian ataupun melahirkan jaguh-jaguh sukan lompat tinggi, lompat bergalah mahupun lompat pagar. Namanya je lompat.
Terdetik pihak PKR telah menyatakan bahawa 4 anggota BN sedang bersedia untuk lompat parti dan menyertai PKR. Melalui laman blog yang beralamat http://greenboc.blogspot.com/ , ditulis bahawa 2 orang yang pada koi adalah dua jiran yang cukup dikenali keUMNOan nya. Pernyataan ini membuatkan koi teruja untuk mengetahui secara sahih dan benar. Maka kebetulan Dato’ Saifuddin memanggil pemimpin-pemimpin cawangan, pemuda, wanita dan puteri UMNO Temerloh untuk mendengar sendiri penjelasan beliau. Dato' Shakar pun ada jugek datang.
(Gambar ni koi amik dari tempat duduk koi le)
Dalam penerangan tersebut, telah dinyatakan bahawa beliau beberapa perkara yang belum pernah kita dengar tentang DSAI. Sebenarnya koi lama dah mengkaji tentang DSAI itu. Ada sedikit persamaan dalam apa yang koi fikirkan selama ini dengan cerita Dato Saifuddin tentang DSAI. Sebelum itu Dato’ Saifuddin telah menyatakan bahawa beliau tidak sama sekali akan lompat mahupun menyertai PKR.
“ Saya tak pernah terfikirpun untuk berbuat demikian, saya adalah Ahli Seumur Hidup, dan saya akan setia selama-lamanya dengan UMNO dan Barisan Nasional” itulah kata yang keluar sendiri dari mulut Dato’ Saifuddin. Maka tidak timbullah lagi soalan bahawa beliau akan masuk PKR.
Oleh itu, bagi orang Temerloh yang berharap agar Dato’ Saifuddin akan masuk PKR, lupakanlah angan-angan itu, dan bagi orang yang tidak mahu beliau masuk PKR bersyukurlah dan percayalah kepada dia.
Kita orang Temerloh ni amat bertuah, bertuah kerana ramai pemimpin besar Negara datang dari Temerloh. Tan Sri Yahya, Tan Sri Hamzah, Tan Sri Saba, Datuk Siti Zaharah, Datuk Sarit, ramai lagilah untuk disebut, oleh itu sebaiknya kita jaga jelah Temerloh ini sebaiknya.
Wassalam
2 comments:
ooo camtu ke critenya. ok le tu, umno dulu kini selamanya... sharkar dulu org DSAI gak kan. Malam pengangkapan tu dia ada kat kediaman DSAI. koi pernah close dgn dia tp relation we all x lama.. memang dh lari tajuk, tp sbb dlm artikel ni ada nama sharkar, tu yg nk highlight ckit pasal bro yg tall, dark n charming ni.
salam perkenalan orang temerloh dari kome belia makmur kg berhala gantang
Post a Comment